Sebaik sahaja tema duet ‘Doble Special’ diumumkan, ramai yang menantikan persembahan para bintang pada minggu keenam.

Antara yang menjadi sebutan peminat GV7 ialah gandingan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris dan Ratu Dangdut, Amelina yang diberi tugasan menyanyikan lagu ‘Bolehlah Boleh’.

Selain teruja menantikan persembahan Noraniza dan Amelina, peminat turut menantikan konsep dan busana yang akan dibawa ke pentas GV7 esok.

Tambahan lagi lagu nyanyian asal Mas Idayu itu berentak banghra dan rancak serta pernah menjadi hit sekitar tahun 1999.

Mampu atau tidak Noraniza dan Amelina menandingi kehebatan Ratu Gelek 45 darjah atau menjadikah persembahan mereka esok?

Selain Noraniza dan Amelina, persembahan lain yang turut dinanti peminat GV7 ialah:

Siapa di antara 10 bintang ini yang bakal menamatkan perjalanan mereka di pentas GV7 esok?

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.