Viral

Gara-Gara Dengar Lagu Pulangkan, Individu Dedah Rakan Sebilik Mimpi Dirinya Muncul Dengan Wajah Seperti Terbakar, Pakai Baju Orang Lama

Gempak
31/05/2024
03:02 MYT
Seorang individu mendakwa yang dia dan rakan sebiliknya mengalami kejadian pelik selepas mendengar runut bunyi Pontianak Harum Sundal Malam, Pulangkan yang dipopularkan oleh Misha Omar.
Menerusi perkongsian tanpa nama yang dikongsi di platform X, individu berkenaan berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 1 pagi, ketika mereka sedang asyik menyudahkan satu tugasan.

Pulangkan

“Alkisah satu malam, aku dengan room mate buat assignment sampai pagi jam satu, syok nyanyi gurindam 12 (?) sampai lagu Pulangkan Misha Omar. Memang buka lagu yang mendayu-dayu, lepas tu non-stop humming dua lagu tu. Bilik kita orang menghadap hutan, sebab kolej pun keliling hutan. “Kita orang buka tingkap, sebab masa tu panas gila dari pagi. Entah kenapa rasa tak sedap hati, kami decide nak tidur. Kami jenis sensitif macam benda tu suka ikut, dia selalu kena ganggu jadi biasa jela kalau kacau sikit-sikit,” katanya.
Individu berkenaan menambah, pada malam itu, rakan sebiliknya bermimpi terlihat seorang perempuan yang mengenakan pakai baju orang lama.

Mimpi

“Malam tu room mate aku mimpi dia nampak perempuan pakai baju orang lama (kalau tak silap) rupa dia dari belakang macam aku, humming lagu yang aku nyanyi. Bila dia tegur benda tu pusing, muka dia gelap, macam terbakar. Lepas tu member sedar, tapi tak boleh bangun dia kena tindih.
“Dia nak bercakap tak dapat last-last dia baca apa patut lepas tu benda tu pergi. Another story dia memang selalu kena tindih, atau benda tu ganggu dia, dan kebanyakan benda tu pun ikut aku balik. Pernah sekali dia tersedar dari tidur mata merah-merah dia arahkan aku mengucap.

“Aku mengucap, then dia hela nafas lega. Pastu dia cerita dia kena kacau benda macam aku, ditindih dia gelakkan dia. Biasalah student penat, pastu tidur kena tindih pulak mana dia tak bengang.

“Kami kawan baik, aku selalu kena tapi dekat mimpi lah selalunya dia yg selalu kena fizikal. Banyak je lagi benda macam tu kami kena sama-sama, maybe sebab kami rapat dari kecik kot. Ada juga cerita benda yang orang hantar test power kami sebab pandai-pandai tolong budak sakit. Orang kolej minta tolong, since kami lokal, bagi jelah air baca-baca, sapu minyak bidara sikit,” tulisnya.
Sumber: Platform X

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

ARTIKEL TRENDING: Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau Tak Salah..”

ARTIKEL TRENDING: Qawiy Nafi Terlibat Dengan Jenayah Gangguan Seksual – “Tidak Benar Dan Fitnah”

ARTIKEL TRENDING: Brad Pitt Didakwa Sudah Lama Dera Angelina Jolie

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Armani Entertainment Saman Michael Ang, Minta Pulangkan Semula RM500,000

gempak
24/07/2024
08:30 MYT
Syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd memfailkan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

Belasungkawa: Jadi Rujukan, Allahyarham HUZZ Sempat Kenang Minta BMG Isi 10 Kali Lagu Misha Omar, Bunga-Bunga Cinta Dalam Kaset

gempak
08/06/2024
11:34 MYT
Al-Fatihah buat Allahyarham Huzz.
Filem

Dari Pontianak Hingga Ke Penari Tango, Ini Versatiliti Watak-Watak Maya Karin Di Layar Perak

gempak
07/06/2024
10:02 MYT
Sejak awal pembabitan aktres Maya Karin dalam bidang lakonan, keberkesanan pembawaan setiap watak yang dimainkan pasti meninggalkan kesan di hati penonton.
Viral

“Saya Bayangkan Pontianak Sedang Berbuai Dekat Pokok Ara Sambil Menyanyi” – Ajai Dedah Inspirasi Di Sebalik Lagu Pulangkan

gempak
02/06/2024
11:55 MYT
Komposer, penulis lirik dan penyanyi Ajai mendedahkan inspirasi sebenar di sebalik lagu ciptaannya, Pulangkan.