Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.
Namun selama ini, ternyata wanita berusia 60 tahun itu bukan mendapatkan suntikan silikon dari pakar, sebaliknya hanya disuntik dari individu yang bekerja di sebuah salon.
Dan semua suntikan yang diambil sekitar tahun 1990an sehingga 2010 itu dilakukan secara percuma kerana dibiayai rakannya.
“Ada seorang kawan, maaf cakap dulu saya lihat wajahnya biasa sahaja. Jadi saya tanya bagaimana boleh berubah jadi lebih cantik dan dia mengajak saya melakukan suntikan.
“Bukan di klinik tetapi di salon. Jadi disuntik pada pipi, bibir, hidung, semualah tanpa saya tanya apakah cecair yang disuntik kepada wajah, bodoh begitu,” cerita Mpok Atiek seperti dilaporkan Kompas.com.
Suntikan tersebut dilakukan secara rutin dan ia berjaya membuatkan wajahnya kelihatan cantik.
Namun selepas 15 tahun melakukannya, cairan silikon tersebut sudah tidak lagi berfungsi seperti yang diharapkan.
Sejak itu ada yang memberitahu wajahnya kelihatan aneh dan tidak ubah seperti nenek sihir.
“Teman teman cakap wajah saya menjadi semakin aneh. Semuanya serba tidak kena.
“Maaf, muka kamu sudah seperti nenek sihir. Pergilah ke doktor dan dapatkan nasihat yang betul,” sambungnya lagi.
Dan kerana saranan itu barulah Mpok Atiek mendapatkan khidmat rawatan dari pakar di hospital.
“Singkat cerita, pakar kata saya boleh dijangkiti kanser pada wajah kalau tidak dibuang cecair silikonnya.
“Jadi sehingga kini sebenarnya saya sudah menjalani pembuangan silikon 21 kali. Namun tidak banyak yang boleh dilakukan. Saya juga tidak boleh marah kepada teman yang mengajak dan membayar rawatan ini kerana saya melakukannya dengan rela hati,” dedahnya.
Oleh yang demikian, Mpok Atiek berpesan kepada para wanita yang ingin kelihatan cantik dengan melakukan suntikan silikon atau operasi pembedahan plastik, lakukan dengan cara yang betul atau mendapatkan khidmat dari pakar terbaik.
Maliah Surip
Fri Aug 19 2022


sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”
Ramai yang beri kritikan terhadap BCL dan Tiko