Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara-Gara Ayam Gunting, 99 Pelajar, Guru Alami Keracunan Makanan!

Gempak
01/07/2024 01:03 MYT
Kerap kali kita mendengar mengenai kes keracunan yang melibatkan menu makanan seharian. Dari puding buih sehinggalah telur goreng yang ditinggalkan lama, isu keracunan makanan merupakan satu hal yang perlu dianggap serius oleh kita semua.

Terbaharu, seramai 99 pelajar dan guru sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan yang disediakan oleh pihak kantin.

Ayam gunting
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Persekitaran Johor, Ling Tian Soon berkata, seramai 90 pelajar dan sembilan guru mengalami simptom seperti cirit birit dan muntah-muntah sejak Khamis lalu.

"Mereka mula berdepan masalah dengan perut mereka selepas memakan ayam gunting daripada kantin sekolah.

"Daripada 99 orang, 11 daripadanya mendapatkan rawatan di pusat kesihatan kerajaan dan juga swasta," kata Tian Soon.

Tian Soon menambah, semua yang terkesan tidak mengalami gejala yang teruk. Mereka yang terlibat tidak dimasukkan ke hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sahkan Dua Maut Keracunan Makanan Disediakan Program Sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Bihun, Telur Goreng Tercemar Ragut Nyawa Pelajar Tingkatan 5, Kanak-Kanak 2 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Keracunan Makanan: Polis Panggil Pengusaha Katering & Penganjur

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Telur Ayam Perlu Dibasuh, Elak Risiko Tercemar Bakteria Salmonella

ARTIKEL BERKAITAN: Keracunan Makanan: Sampel Darah Kanak-Kanak Perempuan Sedang Dianalisis

Dalam masa sama, Tian Soon memberitahu yang Jabatan Kesihatan Batu Pahat sudah mendapatkan sampel ayam gunting yang dijual tempoh hari untuk diuji di makmal.

Selain itu, kantin sekolah tersebut turut diperiksa dan diarahkan tutup selama 14 hari.

"Laporan makmal mengenai punca keracunan makanan akan keluar dalam masa tiga hari.

"Pada masa yang sama, kantin diarahkan untuk ditutup sementara dari 28 Jun hingga 11 Julai untuk menjalani kerja-kerja pembersihan," ujar Tian Soon.

Disebabkan penutupan kantin itu, para pelajar di sekolah tersebut perlu membawa makanan dari rumah sehingga ia kembali dibuka.

Sumber: Majoriti

#Keracunan Makanan #Ayam gunting
;