Seorang remaja berusia 17 tahun maut dipercayai akibat keracunan makanan.

Telur mata

Memetik laporan Harian Metro, bapa kepada remaja tersebut, Kamal telah memaklumkan bahawa kematian anaknya dipercayai kerana makan telur mata.

Kamal berkata, hanya dia, isteri dan anak lelaki makan telur mata berkenaan, manakala dua lagi anak perempuannya hanya makan mihun.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Menurutnya, arwah makan paling banyak iaitu tiga biji telur mata dan tidak lama selepas itu mereka tiga beranak mula mengalami sakit perut hingga hari ini.

"Isteri membawa pulang mihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin dan dimakan kami lima beranak.

"Hari ini, saya ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah.

"Saya difahamkan makanan itu disediakan pihak luar yang ditempah oleh penganjur program terbabit," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.

Berita Trending: Netizen Dakwa Nenek Tak Restu, Ini Jawapan Syasya Rizal & Suami

Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.

Berita Trending: Keith Foo & Riena Diana Akui Ada Hubungan Istimewa - "Doakan Yang Terbaik, Saya…

"Bagaimanapun tiada pelajar sekolah itu yang terbabit dengan kes keracunan.

"Seramai 33 guru yang juga urus setia terbabit dan dakwaan membabitkan dua kematian membabitkan pihak ketiga (orang luar)," katanya.

Berita Trending: “Orang Tak Tahu Bila Saya Menangis, Anak-Anak Pun Tak Tahu” - Rita Rudaini

Beliau berkata, Jais masih menunggu laporan untuk mengesahkan kes kematian ini.

Berita Trending: “Kalau Saya Tak Ada Masa, Suami Tolong Gosokkan” - Syasya Rizal Dah Lama Niat…

Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.

Sumber: Harian Metro