Polis akan memanggil pengusaha katering, guru dan penganjur program di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Chincin, Gombak untuk siasatan kes dua kematian akibat keracunan makanan selepas memakan bihun dan telur goreng.

Dipanggil dalam masa terdekat

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka ini akan dipanggil dalam masa terdekat.

"Mengenai berapa ramai yang akan dipanggil ia bergantung siasatan.

ARTIKEL PILIHAN: Remaja Maut Dipercayai Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Mata

"Polis akan menyiasat semua pihak berkaitan dan saya juga difahamkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah arah untuk penutupan kantin sekolah terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Selasa.

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh



Beliau berkata, setakat ini semakan pihak polis dengan pihak hospital mendapati tiada dilaporkan datang akibat keracunan.

"Katanya, ada yang mengadu sakit tetapi ia tidak serius.

"Setakat ini mangsa yang maut melibatkan lelaki berusia 17 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun," ujarnya.

Sebelum itu, media turut melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan pihak perkhidmatan makanan menghentikan bekalan yang disyaki menjadi punca keracunan makanan pada program sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kes pertama melibatkan remaja lelaki tempatan berusia 17 tahun telah memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya selepas menghadiri program di sekolah berkenaan pada Sabtu.

Mangsa kemudian dilapor mengalami cirit-birit dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1.30 petang, pada Isnin, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Kes kedua, bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan telah membawa balik makanan selepas selesai program sekolah pada Sabtu.

Kanak-kanak itu kemudian demam, muntah dan cirit birit pada Isnin, sebelum dibawa ibunya ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil dengan menghubungi Ketua Polis Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad di talian 014-2389151 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor R Khalpna di talian 012-5018901.

Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.