Telur separuh masak atau telur mata perlu dimasak dengan betul bagi mengelakkan risiko tercemar dengan bakteria Salmonella.

Jelas Public Health Malaysia dalam kenyataan di media sosial, ketika penyediaan menu berkenaan, kulit telur perlu dibasuh di bawah air mengalir untuk memastikan ia bebas najis sebelum dimasak.

"Telur ayam, terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.

"Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.

"Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).

"Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!" jelasnya dalam hantaran di Facebook.


Untuk info, bakteria Salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.

BERITA TRENDING: Keracunan Makanan: Polis Panggil Pengusaha Katering & Penganjur

BERITA TRENDING: Bihun, Telur Goreng Tercemar Ragut Nyawa Pelajar Tingkatan 5, Kanak-Kanak 2 tahun

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Dua Maut Keracunan Makanan Disediakan Program Sekolah

BERITA TRENDING: Remaja Maut Dipercayai Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Mata

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit akibat makan makanan yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama di Gombak, Sabtu lalu.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula tidak menolak kemungkinan keracunan yang mengakibatkan kedua-duanya adalah disebabkan telur mata.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, beliau telah mengeluarkan arahan agar menghentikan perkhidmatan bekalan makanan disyaki mempunyai kaitan dengan kes kematian tersebut.

BERITA TRENDING: Biar Ayam Terdedah Lama Di Singki Punca Keracunan Makanan, Ini Tips Defrost Yang Betul

BERITA TRENDING: Biarkan Ayam Terdedah Lama Di Singki Punca Keracunan Makanan, Dr Malar Kongsi Tips Defrost Yang Betul

BERITA TRENDING: GV9: Fakhiz (V.E) Sebak Kongsi Keadaan Anak, Dah 7 Hari Dirawat Di Hospital Akibat Keracunan Makanan - “Terpaksa Diberikan Susu Melalui…