Laman Utama

Gara-Gara Si Ibu Belum Ada Susu, Bayi Masuk NICU Sebab Nenek Beri Minum Air Putih

gempak
Izwan Isa
01/08/2023
07:50 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Si Ibu Belum Ada Susu, Bayi Masuk NICU Sebab Nenek Beri Minum Air Putih
Sudah menjadi lumrah dalam kalangan manusia untuk memberikan susu kepada setiap bayi yang baru dilahirkan. Pemberian susu ini harus diteruskan sehingga usia bayi enam bulan, seperti yang dinasihatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kemudian, rutin memberi susu kepada bayi diteruskan dengan menyertakan pengambilan makanan berkhasiat sehingga usia bayi mencecah dua tahun.
Namun, tidak ramai yang sedar dengan fakta di atas. Terbaharu, menerusi perkongsian seorang jururawat bernama Nurul Fitria di TikTok, seorang nenek yang dipercayai berasal dari Indonesia telah memberikan cucunya minum air putih disebabkan si ibu belum keluar susu.
Kesan daripada itu, si bayi tersedak dan wajahnya bertukar kebiruan, menandakan keadaan sukar untuk bernafas.
“Pada awalnya, bayi lahir sihat. Tetapi, selepas itu bayi kelihatan kebiruan dan merintih. Disebabkan susu ibunya belum keluar, nenek kepada bayi itu memberikan air putih kepadanya.
“Tolonglah ibu yang baru melahirkan atau ahli keluarga, jangan beri bayi minum air putih atau apa-apa air selain susu. Banyak kali jumpa seperti ini. Baru lahir anak diberi air putih lalu tersedak, sehingga menyebabkan sukar bernafas.
“Akhirnya, kita pasang oksigen. Ternyata air yang diminum masuk ke paru-paru dan bayi itu dirawat di ICU selama 16 hari,” katanya.
Sumber: TikTok Nurul Fitria
BACA: Dua Kanak-Kanak Maut Strok Haba, Seorang Hangus Buah Pinggang, Seorang Lagi Paru-Paru Kecut​
BACA: Kanak-Kanak 11 Tahun Sesak Nafas, Loya Selepas Termakan 'Biskut Ganja' Buatan Bapa​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live