Laman Utama

Gara-Gara Tag Nabil Dekat Bahagian Perut, Netizen Speku Nampak Baby Bump Ayda Jebat

gempak
Zulaikha Yusof
18/03/2021
13:25 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Tag Nabil Dekat Bahagian Perut, Netizen Speku Nampak Baby Bump Ayda Jebat
Tindakan Ayda Jebat, 29, tag nama suaminya, pengacara Nabil Mahir, 33, di bahagian perut dalam sekeping gambar telah menimbulkan andaian yang pelakon itu sedang berbadan dua.
Sebelum ini, sebuah portal hiburan melaporkan mengenai berita kehamilan Ayda namun sehingga kini pasangan sejoli itu belum membuat pengesahan.
Foto Ayda dan Nabil berpeluk erat dengan berlatarbelakangkan kolam renang itu dikongsi di Instagram (IG) pada Selasa.
Di ruangan komen, seorang netizen menyatakan wajah pelantun lagu Parah Parah ini nampak lebih berseri-seri.
"Macam mengandung serinyaa hehe," tulis pengguna yang menggunakan nama @qila_rosie.
Malah, ada segelintir peminat yang langsung memberi ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan.
"@nabilaqasarah:Tahniah. Semoga baby dalam perut sihat.
"@ayabaharin: Adik saya, Ayda Jebat, awak hamil? Saya dapat lihat baby bump saiz kecil yang awak tag Nabil Mahir. Jika benar, tahniah sayang.
Terdahulu, nama Ayda pernah menjadi bualan ramai selepas tular dakwaan dia kini sedang hamil anak pertama.
Pemilik nama Nur Suhada Jebat menerusi program Bawang Live baru-baru ini memohon orang ramai dan peminat agar mendoakan kesejahteraan mereka dan bersabar.
BACA: Kecoh Isu Hamil, Ini Respons Ayda Jebat & Nabil Mahir
Nabil dan Ayda selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live