Laman Utama
Gara-Gara Wajahnya Disamakan, Pelakon Squid Game Ucap Selamat Berjaya Buat Malaysia!
Ciapan seorang pengguna di Twitter yang memadankan wajah ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Kim Pan Gon dengan pelakon Squid Game, Heo Sung-Tae telah menarik perhatian pelakon Korea Selatan itu sendiri.
Menerusi satu muat naik di Instagram(IG) Story miliknya semalam, Sung-Tae memuat naik semua paparan skrin ciapan Twitter berkenaan berserta kata-kata semangat.
“Good Luck Malaysia (Selamat Berjaya Malaysia),” tulisnya.
Tidak mendedahkan siapa gerangan pengguna Twitter itu, Sung-Tae bertindak mengaburkan wajahnya sebelum dimuat naik.
Terdahulu wajah ketua jurulatih dari Korea itu tular dan menjadi trending di media sosial apabila ia disamakan dengan Sung-tae yang popular sebagai Jang Deok-su dalam siri popular Squid Game.
Sejak Pan Gon mengambil alih pasukan negara awal tahun ini, ramai peminat menyamakan wajahnya yang saling tidak tumpah dengan wajah dan imej Sung-Tae.
Pan Gon berjaya membimbing skuad kebangsaan ke Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun, selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan pada Selasa lalu.
Mengikut jadual, Piala Asia dijangka akan berlangsung tahun hadapan.
Must-Watch Video