Advertorial

Gaya Hidup Sibuk Tak Halang Yaya Zahir Untuk Bergaya Selesa!

gempak
Kamaruddin Razal
06/06/2018
12:00 MYT
Sponsor Banner
Gaya Hidup Sibuk Tak Halang Yaya Zahir Untuk Bergaya Selesa!
Menjadi seorang model dan pengacara HLive yang sedang mencipta populariti, Yaya Zahir sering melalui gaya hidup yang sibuk.
Selain bergelar model dan pengacara, wanita tinggi lampai ini juga menjalankan tugasnya sebagai wartawan penyiaran serta penerbit program Thinker Studios.
Kehidupan sebagai seorang gadis metropolitan yang sedang menggapai impian membuatkan Yaya selalu terkejar dengan masa.
Biarpun mengamalkan gaya hidup aktif, Yaya tidak lupa untuk mencuri sedikit masa dalam menjalankan aktiviti kecergasan seperti bersenam.
Menyambut bulan Ramadan serta Syawal yang menjelang tiba, Yaya tetap mengharungi jadual kehidupan harian yang padat seperti sediakala.
Cabaran yang datang ketika Yaya sedang sibuk menjalani kehidupan seharian tidak menghalang gadis itu untuk bergaya dalam keselesaan.
Yaya memilih untuk bergaya selesa di musim Ramadan dan Raya ini dengan Skechers.
Skechers merupakan kasut yang sangat sesuai untuk semua golongan, terutamanya wanita yang mengutamakan keselesaan maksimum dan gaya menarik.
Skechers turut menjadi pilihan Yaya untuk disarungkan bersama baju raya ketika sambutan Syawal tahun ini kerana gaya dan keselesaannya.
Yaya memilih koleksi YOU by Skechers untuk digayakan. YOU by Skechers merupakan koleksi kasut terbaru yang menggabungkan elemen gaya hidup dan kesihatan.
Sesuai dengan gaya hidup yang ditampilkan oleh Yaya, koleksi kasut YOU by Skechers melambangkan versatiliti, aktif, selesa, stail dan fleksibiliti serta menampilkan warna-warna ceria.
Kembara mengunjungi rumah sanak saudara sewaktu sambutan Aidilfitri bakal menjadi lebih mudah dengan kasut Skechers.
Pastinya Skechers menjadi pilihan hati ramai sempena sambutan Syawal ini. #RayaBersamaYou dengan Skechers!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024