Setiap orang mempunyai citarasa. Mungkin ada sesetengah individu yang memiliki harta mahukan kediaman yang sederhana mewahnya.

Ada juga yang gemar bermewah-mewah demi menepati citarasa masing-masing. Apapun, ukurlah baju di badan sendiri, berbelanja mengikut kemampuan.

Kami tertarik untuk berkongsi kisah kediaman milik pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang baru dilaporkan memiliki harta melebihi pengasas Google.

Sehingga 2017, Mark dikatakan memiliki harta sebanyak $56.7 bilion USD (RM250 bilion).

Namun, Mark memilih untuk tidak membelanjakan hartanya untuk memiliki kediaman mewah. Paling tidak pun, kediaman di Palo Alto, California dibina hanya menggunakan struktur kayu sahaja dan berkeluasan 5,000 kaki persegi.

Kediaman Mark dibina atas tanah seluas 17,000 kaki persegi dilengkapi sebuah kolam renang air masin di bahagian luar rumahnya.



Malah, kediaman itu dilengkapi lima buah kamar tidur dan lima buah bilik air.

Imej yang dimuat naik di Internet juga memaparkan kehidupan bersederhana Mark yang gemarkan seni bina rustik dan ringkas.

Bahagian dapur rumahnya dibina mengikut citarasa isterinya yang mahukan kemasan kayu dan jubin sahaja.

Cuma, kebanyakan perabot yang mengisi ruang dalam rumahnya dipilih daripada material yang betul-betul berkualiti dan dianggarkan bernilai $7 juta USD (RM22 juta).

Kata Mark tentang kediamannya: "Saya tidak perlu menunjuk-nunjuk kediaman saya, itu sahaja wasiat harta yang ada untuk keluarga nanti."

Kediaman yang dibina pada tahun 1903 itu dibeli Mark pada tahun 2011.

Pada tahun 2013, Mark membeli empat buah lot rumah sekeliling kediamannya bernilai $30 juta USD (RM133 juta).












Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Successstory, SFgate, Forbes