Pencarian CUCKOO Friend 2019 akhirnya berakhir apabila bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Hetty Sarlene diumumkan sebagai pemenang.

Hetty diumumkan sebagai bintang CUCKOO Friend 2019 di Konsert Akhir Gegar Vaganza 5 pada Ahad lalu.



Hetty telah bersaing dengan empat bintang GV5 yang lain iaitu Noryn Aziz, Forteen, Maya Ruslee dan Hetty Sarlene.

Selain Hetty, Zamani juga dinobatkan sebagai Bintang CUCKOO Paling Gempak di GV5. Ini merupakan kali ketiga Zamani memenangi Bintang CUCKOO Paling Gempak dan membawa pulang penapis udara dan humidifier, CUCKOO C+, penapis air beralkali ringan Iris Top & Prince Top.



Pada Selasa minggu lalu, lima bintang itu beraksi di Konsert Gegaran CUCKOO iaitu sempena meraikan ulang tahun ke empat, CUCKOO.

Demi merebut gelaran juara CUCKOO Friend 2019, mereka bukan sahaja perlu membuat persembahan malah perlu menjawab soalan dengan bijak mengenai produk CUCKOO.

Di peringkat pertama, finalis Top 5 dipilih menerusi 100 peratus undian orang awam dan CUCKOO Family.

Seterusnya, di peringkat kedua, finalis Top 5 bertanding untuk merebut takhta CUCKOO Friend 2019 di Konsert Gegaran CUCKOO.

CUCKOO Friend 2019 dipilih mengikuti 30 peratus undian orang awam dan CUCKOO Family dan baki 70 peratus lagi berdasarkan keputusan panel hakim di Konsert Gegaran CUCKOO.

Pada Konsert Gegaran CUCKOO yang dikemudikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan itu menyaksikan setiap bintang tampil menyanyikan sebuah lagu popular mereka.

Dalam pada itu, konsert akhir GV5 dijuarai oleh Noryn Aziz. Dia Fadila berada di tangga naib johan manakala Zamani merangkul tempat ketiga.
Amelina, Maya dan Billy Zulkarnain pula berpuas hati berada di kedudukan keempat, kelima dan keenam.