Sekilas
- Zila Bakarin jelaskan peserta Kilauan Emas Selebriti diarahkan kekal di atas pentas semasa pemberian sumbangan kepada komposer Rosli Selasih supaya momen itu dapat dirakam dengan jelas.
- Peserta dan produksi mengambil kira kesukaran Rosli yang kurang berkemampuan untuk naik ke pentas dan berjanji akan bincangkan cara lebih sesuai untuk masa depan.
- Satu komen netizen menyuarakan rasa kasihan melihat Rosli terpaksa menaiki tangga untuk terima sumbangan, menyebabkan isu ini menjadi perhatian ramai.
Pelakon yang juga salah seorang bintang program Kilauan Emas Selebriti, Zila Bakarin tampil memberikan penjelasan selepas timbul satu teguran mengenai situasi pemberian sumbangan kepada komposer, Rosli Selasih di penghujung program tersebut pada Sabtu.
Perjelas Zila, para peserta sememangnya mahu menyampaikan sumbang tersebut di bawah pengas namun pihak produksi meminta mereka untuk kekal di atas pentas supaya momen pemberian itu dapat dirakam dan dilihat penonton.
“Memang kami nak buat macam itu tapi pihak rancangan suruh kami stay kat atas supaya nampak pemberian itu, di atas pentas,” perjelasnya.
Dalam masa yang sama, Zila mengakui dia dan peserta lain juga tidak sanggup untuk melihat mereka yang kurang berkemampuan dari segi kesihatan untuk naik ke atas pentas mengambil sumbangan.
Tambah Zila, mereka juga mengambil maklum mengenai komen tersebut dan memberi bayangan bahawa perkara tersebut akan dibincangkan semula bersama pihak produksi bagi memastikan keadaan itu dapat dipertimbangkan pada masa akan datang.
“Kami pun tak sanggup nak tengok orang tak upaya naik tagga. Saya pun nak nangis tengok beliau dalam keadaan yang gak kemampuan bergerak. Nanti kami bincangkan semula,” katanya lagi.
Terdahulu, seorang pengguna meluahkan rasa kurang senang apabila bintang yang memenangi anugerah Kilauan Emas Selebriti of the Week tidak turun sendiri untuk menyampaikan sumbangan kepada Rosli Selasih.
Ujar individu itu, dia berasa kasihan melihat keadaan Rosli Selasih yang perlu menaiki tangga untuk berada di atas pentas.
Sumber: Threads