Orang dulu-dulu agak ramai yang biasa menggunakan khidmat bomoh dan pawang. Aku memang takut kalau dengar dua perkataan itu, bukan apa, takut terjatuh syirik atau khurafat.
Bagi aku, kalau mahu berubat tradisional pun, biarlah pergi ke ustaz atau pengamal perubatan Islam.
Okay, adalah satu cerita tentang keturunan pawang yang berlaku di kampung aku sendiri, tapi tak berkait dengan keluarga atau saudara mara aku (Alhamdulillah...syukur!).
Masih jelas di ingatan, malam di mana kawan kepada mak ayah aku menjemput kami untuk makan malam di rumah mereka. Semuanya kelihatan normal pada awal kedatangan kami ke rumah.
Setelah beberapa jam menjamu selera, makanan dihidang pun sudah licin habis dimakan. Mak dan makcik Samsiah pun mula membersihkan meja sementara ayah dan pakcik Tuah asyik berborak sambil minum kopi.
Aku pun sibuk kononnya ingin membantu mak di dapur sebab topik yang dibincangkan ayah kedengaran berat untuk aku yang berusia sepuluh tahun ketika itu.
Sewaktu mak dan makcik Samsiah sibuk bergosip di dapur yang agak malap itu, aku terlihat ke luar tingkap rumah mereka. Terkedu aku melihat sosok lelaki serba merah sedang bertenggek atas pelepah pokok pisang belakang rumah mereka.
Aku cuba menahan takut dan cemas, lalu mengalihkan pandangan. Namun malang tidak berbau, aku tersadung dan terlanggar pintu sebuah bilik. Dalam cahaya samar-samar kelihatan bapa kepada makcik Samsiah, Tok Sudin sedang terbaring dan berdiam diri.
Meremang juga bulu roma aku melihat keadaan Tok Sudin dalam bilik yang tak cukup terang itu. Ya lah, umur pun masih budak-budak ketika itu. Betul apa yang aku dengar dari orang kampung, Tok Sudin sudah kurang sihat, kasihan Tok Sudin, dia baik orangnya.
Tapi, fikiran aku cuba mengaitkan sama ada 'makhluk' yang aku ternampak di luar rumah mereka ada kaitan dengan Tok Sudin ataupun tidak.
Makcik Samsiah tanya aku okay ke tidak waktu itu, aku pun pura-pura okay sajalah!
Lebih kurang tiga hari selepas itu, kami sekeluarga mendapat berita Tok Sudin sudah uzur. Memandangkan kami agak rapat dengan keluarga makcik Samsiah, kami pun bergegas pergi membawa surah Yassin untuk dibacakan.
Sebaik tiba di rumah mereka, aku lihat ada beberapa ustaz dan orang-orang kampung yang agak kalut. Rupa-rupanya, pengamal perubatan Islam sedang cuba mengusir 'makhluk' yang cuba mendampingi Tok Sudin.
Kata pengamal perubatan Islam itu, makhluk itu bukanlah dibela Tok Sudin, tapi mungkin saka dari keturunannya yang cuba mendekati Tok Sudin. Ia cuba masuk ke dalam tubuh Tok Sudin yang sudah lemah.
Aku terdengar pertanyaan Ustaz kepada Tok Sudin, "Apa yang kau buat dengan Sudin ni? Kenapa kau ada dengan dia?"
Tok Sudin yang keuzuran itu menjawab (namun dengan suara yang aneh, bukan seperti suaranya), "Dia dari keturunan yang membela aku! Aku mahu Sudin" balasnya.
Aku pun takut dan tidak mendekati mereka, aku pergi keluar rumah, yang aku dengar hanya suara jeritan orang tua lelaki. Tidak lama selepas itu, ustaz itu cakap, "sudah selamat dibuang, mungkin baru saja lagi dia masuk dalam badan Tok Sudin".
Tapi proses buang kemana, buang ke dalam apa dan sebagainya, aku tak nak ambil tahu, aku pun terus membaca Yassin bersama orang-orang kampung lain. Tidak lama selepas itu, Tok Sudin menghembuskan nafas terakhirnya. Kasihan arwah, bukan dia yang membela, tapi saka dari keturunannya yang cuba mendampinginginya.
Bukanlah aku mahu bercakap buruk tentang orang yang dah tak ada, tapi ada orang kampung cakap, atuk kepada Tok Sudin dahulu seorang pawang, nak mati pun kena buka atap buang jin! Allahuakbar...Betul ke tak aku pun tak tahu lah...
Kadang-kadang, tanpa disedari, kegiatan pawang dan yang salah dari segi agama ini boleh menyusahkan keturunan jika makhluk belaan mereka tidak dibuang dengan betul.
Apapun, pengajarannya di sini, janganlah kita pernah menduakan Allah SWT, jauhkanlah diri daripada perbuatan syirik kerana ia adalah sebesar-besar dosa.
Kepada mereka yang pernah terjebak, pintu taubat sentiasa terbuka kerana Allah maha menerima taubat. Lebih baik bertaubat selagi masih ada kudrat.
Kredit Foto: shutterstock.com
Gempak
Thu Aug 19 2021


“Saya Ambil Semua Kesalahan & Bertanggungjawab”- Syamsul Yusof Tak Mahu Isu Dengan Aaron Aziz Dipanjangkan
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

“Sarah Berhak Buat Keputusan Sendiri” - Ibu Sedia Lihat Syamsul & Puteri Sarah Berdamai Tapi Bersyarat
Puteri Sarah berhak buat keputusan sendiri.

“Saya & Kawan-Kawan Ada Perancangan Nak…” - Anuar Zain Kongsi ‘Plan’ Aktiviti Di Bulan Ramadan
Seronok dapat tarawih dengan kawan-kawan.

Pelakon Siri Ultraman, Jiro Dan Meninggal Dunia Akibat Kanser
Takziah buat keluarga...
![[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Konten Masak Izara Aishah - “Aku Tetap Tengok Walau Macam Tengah Berendam Dalam…” [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Konten Masak Izara Aishah - “Aku Tetap Tengok Walau Macam Tengah Berendam Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-188.png?ext=.png)
[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Konten Masak Izara Aishah - “Aku Tetap Tengok Walau Macam Tengah Berendam Dalam…”
Izara tengah masak pun cantik kan.

“Kalau Kata Saya Curang, Lepaskan” - Puteri Sarah Tidak Goyah Dengan Dakwaan Syamsul
Puteri Sarah mahu bukti

Gabungan Padu! ZAWFAN Tampil Lagu Bismillahir Rahmanir Rahim Bersama Nazrey Johani
Wah menarik!

Bella Hadid Mahu Ramadan Disambut Dalam Suasana Aman
Insyallah

Karok Kaw | Memang hancur sesi karok dengan Ubai, Zizan Razak, Meerqeen & ramai lagi!
Kita cabar selebriti malaysia Sambung Lirik yang Ubai nyanyi. Boleh sambung ke idok? Yang penting confident je nyanyi…layannn!!! Tapi Ubai nyanyi ke berpiadato ni? Kalau korang nak tengok selebriti tempatan KAROK dengan penuh emosi kena layan KAROK KAW lah!!! #GMWA2022 #GempakMostWantedAwards #KarokKaw

Ayda Jebat Cemas Anak Demam Panas, Bergegas Bawa Ke Unit Kecemasan - “Suhu Badan Dah Cecah 40…”
Semoga Nayla cepat sembuh.