Berita
#GempakMemiih2020: Ebit Lew Hero Kesayangan Negara
Sepotong nama Ebit Lew sangat akrab dengan seluruh rakyat Malaysia. Beliau bukan ahli politik, "Tidak berminat (politik)," katanya dalam satu wawancara sebelum ini.
Beliau juga bukan berpangkat datuk; "Jika ia bertujuan baik dan memberi manfaat serta tak terkait dengan mana mana parti politik, Insya Allah saya tidak menolak", katanya merendah diri.
Namun, sejak pandemik Covid 19 membadai dunia, dan negara ikut terkena dampak yang membuat banyak kita merana, pendakwah bebas ini bagaikan adiwira; ada di mana mana pada saat yang tepat dan tak terjangka.
Ironi, mualaf budiman ini tidak pernah bermegah megah dalam segala bantuan yang dihulurkan. Namun, dek kerana peribadi dan keprihatinannya dalam membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesempitan, Ebit Lew jadi popular kesayangan.
Saban hari, tak pernah gagal figura dengan nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim ini menjadi bahan berita. Pengikut di akaun Instagramnya, @ebitlew juga sudah diikuti seramai 4.1 juta; satu jumlah yang banyak bagi seorang penceramah atau ustaz muda ini.
Padahal dalam wawancara sebelumnya, figura berusia 36 tahun ini mengatakan bukan beliau sengaja mahu popular, namun melalui caranya berbagi kepada masyarakat, beliau ingin generasi muda ikut sama berbuat kebaikan.
Mutiara kata yang selalu dilaungkan Kita Buat Baik, Allah Sayang dan Saudaraku, Di Sebalik Ujian Ada Rahmat memang benar benar dibuktikan.
Siapa sangka, sejak awal ahun 2020, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Malaysia masih bergelut dengan fasa pemulihan, Ebit Lew belum lelah membantu rakyat tidak kira agama dan bangsa, mahupun latar belakang.
Haiwan juga dibantu, satu sikap budiman dan prihatin yang tak terhenti. Terbaharu, Ebit Lew menghulurkan bantuan makanan dan kewangan kepada Zoo Negara selepas mereka terjejas dari segi pendapatan kerana tiada pengunjung sejak PKP.
Bantuan yang diberikan juga pantas serta menyeluruh, bukan sahaja kepada golongan miskin yang memerlukan tempat tinggal dan makanan, malah siapa menduga Ebit Lew mampu menghulurkan bantuan dalam bentuk perkhidmatan bas terutama kepada pelajar yang terkandas ketika PKP yang lalu.
Bukan sahaja bas malah tidak pernah terfikir dek akal apabila Ebit membuat kejutan menggunakan perkhidmatan kapal terbang demi menghantar keperluan dan bantuan dari segi medikal seperti face shield dan PPE (Kelengkapan Perlindungan Peribadi) ke Sabah yang sedang menghadapi masalah Covid-19 yang serius.
Tidak cukup dengan itu, siapa sangka pemilik rangkaian Elewsmart ini juga mampu memberi bantuan air yang diagihkan menggunakan perkhidmatan lori air untuk rakyat di Selangor ketika keperluan asas itu terputus di kala negara sedang bermuram duka dengan situasi pandemik.
Umum juga tahu, betapa mulianya hati ikon benama Ebit Lew ini kerana batuan yang dihulurkan diberikan dengan seikhlas hati hasil dari titik peluh serta duitnya sendiri tanpa mengharapkan balasan kerana baginya ia sesuatu kepuasan yang tidak ternilai.
Bersyukurlah rakyat Malaysia kerana memiliki Ebit Lew seorang yang hartawan dan dermawan malah tidak pernah lokek menghulurkan bantuan dan sumbangan. Semoga kisah hidup figura ini, dapat menjadi inspirasi dalam melahirkan lebih ramai lagi individu seperti Ebit Liew di negara kita.
Justeru Eit Lew menjadi pilihan dalam #GempakMemilih2020. Untuk mengundi figura dan ikon lain boleh ke kategori Individu TerGempak 2020 (klik link ini)
Instagram: @ebitlew
Must-Watch Video