Masalah udara tidak sihat atau jerebu di Malaysia bukan perkara asing, malah terbaharu dilaporkan Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat lima kawasan iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak menunjukkan tahap tidak sihat pada Ahad.

Masalah jerebu ini mungkin terdengar biasa bagi sesetengah orang, namun tahukah anda udara yanh tidak sihat ini akan menyerang individu terutama yang menderita alahan atau masalah sensitif angin histamin ni.

Selain itu juga, kulit penderita ekzema juga boleh meradang, malah penderita asma boleh jadi semput, resdung jadi lebih teruk dan sebagainya.

Justeru, seorang pengamal perubatan Dr Hafiz Sulaiman menerusi hantaran di Instagram berkongsi tip bagaimana menghadapi situasi ini tanpa menjejaskan kesihatan.

#1 Perlindungan

Pastikan Perlindungan kita daripada contact dengan jerebu tiptop! Kulit kena pakai lotion/cream supaya bentuk perlindungan kulit supaya tak kontak dengan jerebu dan akibatkan radang.

Pelembap juga mencegah pengeringan dan membaiki kulit yang rosak. Paling bagus pakai pelembap yang ada antioksida dan vitamin.

Pakai mask N95 ya untuk lindungi sistem pernafasan daripada masuk habuk jerebu tu. Memang susah nafas sikit banding surgical mask tapi itu yang terbaik insha Allah.

Jangan guna contact lense untuk cover mata. Habuk jerebu yang masuk mata boleh sebabkan iritasi dan diterukkan dengan pakai contact lense.

#2 Elak Aktiviti Luar

Tutup pintu dan tingkap selalu waktu jerebu ni. Kurangkan aktiviti diluar rumah. Larang anak kita bermain di luar sementara waktu ni.

Tapi jangan tutup langsir pulak ye. Jika badan tak kena matahari lama boleh jadi murung dan tak bagus pula untuk kesihatan.

#3 Stabillan Imuniti Badan

Bila jerebu ni, badan cenderung jadi stres dan sensitif. Ini kerana antibodi badan jadi lebih aktif untuk hadapi jerebu. Sesetengah orang badan jadi overprotective iaitu orang ada alahan:

Kahak lendir jadi banyak, hingus tak henti, bersin-bersin, kulit jadi gatal dan radang.

Pulihkan kerosakan akibat jerebu dengan mengamalkan pemakanan sihat, minum air secukupnya dan ambil suplemen antioksida.

Makanan sayuran, buah-buahan dan suplemen antioksida mengurangkan kerosakan akibat jerebu. Insha Allah, badan lebih sihat dan imuniti badan jadi kembali stabil.

Mana yang sakit seperti asma, jangan lupa stanby ubatan seperti inhaler ya..jika asma teruk, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.