Ipoh merupakan satu destinasi tumpuan ramai untuk food hunting. Tidak kira berapa hari pun anda menghabiskan masa di ibu negeri Perak Darul Ridzuan ini, makanan di Ipoh setia menanti kunjungan anda.

Menghabiskan empat hari tiga malam di Ipoh minggu lalu, saya berkesempatan ke destinasi makan kegemaran yang sentiasa penuh dengan kunjungan orang.

Untuk anda yang tercari-cari dimanakah tempat makan paling best untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam, lima restoran ini wajib anda singgah!

1. Suhaimi Café, Ipoh



Terletak di Jelapang, Suhaimi Café menjanjikan sarapan yang pasti buatkan perut anda gembira.

Jika anda datang pada hujung minggu, anda perlu bersabar seketika untuk mendapatkan meja kerana restoran ini sentiasa penuh!

Wajib cuba: Roti benggali kari ayam, roti benggali kacang pool dan kopi ais

Alamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Perak

2. Restoran New Hollywood, Ipoh



Satu restoran yang tidak perlu diperkenalkan lagi, New Hollywood menjadi kegemaran bukan sahaja pelancong malah warga Ipoh sendiri.

Biarpun terpaksa menunggu untuk mendapatkan meja, masa anda akan berbaloi jika menikmati sarapan pagi di sini.

Wajib cuba: Chee chung fun, cakoi bijan, roti canai viral dan kopi ais

Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

3. Miker Pizza, Ipoh



Salah satu alternatif baru untuk penggemar makanan barat seperti pizza, anda boleh cuba datang ke Miker Pizza yang terletak di hadapan Padang Ipoh.

Bukan sahaja menyediakan pizza yang menyelerakan dengan harga yang berpatutan, suasana di restoran ini cukup menaikkan mood santai.

Wajib cuba: Pizza chicken supreme, pizza crazee meat dan pizza kampung.

Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak

4. Mi Kari Merdeka Garden



Mi kari di Ipoh adalah salah satu menu yang anda wajib cuba! Khas untuk hidangan tengah malam, Mee kari Merdeka Garden adalah tempat anda wajib singgah.

Jangan terkejut kerana ia hanyalah sebuah kedai kecil di persisiran jalan. Namun, jangan pandang pada luaran sahaja kerana Mee Kari Merdeka Garden sememangnya terkenal dalam kalangan orang Ipoh.

Wajib cuba: Mi kari dan bebola, kuetiaw kicap

Alamat: Jalan labrooy; 30100 Ipoh, Perak

5. Nasi Ayam Hainan



Penggemar nasi ayam Ipoh patut letak restoran ini di dalam senarai food hunting anda.

Pesan nasi ayam hainan stim, dinikmati bersama taugeh stim dan air, lengkap menu harian anda.

Taugeh Ipoh juga antara hidangan yang menjadi tumpuan pelancong kerana rasanya yang manis dan berjus. Rahsianya kerana ia menggunakan air daripada bukit batu kapur yang mengelilingi bandar Ipoh.

Wajib cuba: Taugeh stim dan kedondong asam boi

Alamat: 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak