Industri Bollywood tidak terkecuali terheret dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan sentimen dan sensitiviti masyarakat.

Foto eksplisit, kes bunuh diri, ketidaksensitifan agama serta kaum antara yang menjadi topik panas sepanjang tahun 2022.

Jom semak balik sorotan yang berlaku sepanjang tahun 2022 di BTown!

#1 Foto daring Ranveer Singh

Selesa dengan tubuh badannya, aktor kacak dan paling popular sepanjang tahun 2022, Ranveer Singh mencuri perhatian menerusi sesi fotografi separuh bogelnya bersama sebuah majalah antarabangsa.

Hal itu mencetuskan kemarahan peminat serta tindakan pihak polis atas dasar mengganggu ketenteraman awam.

BACA: "Saya Boleh B*gel Dengan Ribuan Orang, Mereka Yang Tak Selesa" - Ranveer Singh

#2 Laju sungguh Alia Bhatt timang bayi


Berkahwin pada April dan bersalin pada November! Pasangan pelakon Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor terus menjentik tanda tanya dalam kalangan peminat mereka.

BACA: Alia Bhatt, Ranbir Kapoor Timang Cahaya Mata Sulung! Dapat Baby Girl

BACA: Dua Bulan Kahwin, Alia Bhatt Umum Hamil

BACA: Alia Bhatt, Ranbir Kapoor Selamat Berkahwin




Selain Alia, beberapa selebriti Bollywood lain turut menimang cahaya mata tahun ini antaranya Priyanka Chopra, Sonam Kapoor dan Bipasha Basu.

#3 Kematian penyanyi legenda Lata Mangeshkar

Lata Mangeshkar meninggal dunia pada 6 Februari 2022 ketika berusia 92 tahun selepas bertarung nyawa di unit rawatan rapi selama hampir sebulan akibat jangkitan COVID-19.

BACA: Lata Mangeshkar Meninggal Dunia

BACA: Lata Mangeshkar Dikejarkan Ke ICU Selepas Dijangkiti COVID-19


#4 Misteri pelakon berderet-deret bunuh diri


Jika beberapa tahun lalu BTown dikejutkan dengan kematian Sushant Singh Rajput, tahun ini beberapa pelakon muda Bollywood turut bertemu ajal dalam keadaan misteri, disyaki bunuh diri.

BACA: Pernah Kongsi Video Kipas Siling Berputar, Pelakon Wanita Maut Gantung Diri

BACA: Bercinta Dengan Suami Orang, Pelakon India Tragis Ditemui Tergantung, Keluarga Dakwa Bukan Bunuh Diri!

BACA: Pelakon Wanita Bunuh Diri Di Set Penggambaran Drama, Gantung Diri Di Kipas Siling!

#5 Filem pun kena boikot


Beberapa filem tempatan India berdepan kritikan dan diboikot oleh segelintir pihak ekoran mengguris sensitiviti agama dan kaum. Antaranya Kaali, Brahmastra Part One: Shiva, The Kashmir Files dan Laal Singh Chaddha.

Poster filem Kaali yang memaparkan imej seakan-akan Tuhan sedang merokok dan bendera LGBTQ telah mencetuskan kemarahan.

Ranbir Kapoor, hero filem Brahmastra Part One: Shiva dikritik menerusi salah satu babaknya memasuki kuil dengan berkasut. Namun, pengarahnya menjelaskan Ranbir memasuki Durga Pandal, bukannya sebuah kuil.



Laal Singh Chaddha lakonan Aamir Khan dan Kareena Kapoor diboikot apabila aktor itu didakwa menghina tentera India.