Laman Utama

#GempakWrapped2023: Kahwin Sorok, Kahwin Mengejut, Wedding Of The Year, Jom Recap!

gempak
Amri Hassan
28/12/2023
07:42 MYT
Sponsor Banner
#GempakWrapped2023: Kahwin Sorok, Kahwin Mengejut, Wedding Of The Year, Jom Recap!
Tahun 2023 menjadi pilihan beberapa selebriti tempatan untuk melangsungkan perkahwinan dengan insan tersayang.
Ada yang bijak berselindung dan tiba-tiba berkahwin tanpa dapat dihidu peminat, ada juga yang memilih untuk mencanangkan kisah bahagia masing-masing.
Tidak kurang juga yang kembali menyulam bahagia selepas bahtera rumah tangga dilanda badai sebelum ini.
Jom recap balik perkahwinan paling diingati sepanjang tahun 2023.

Syamsul Yusof & Ira Kazar

Teka-teki hubungan Syamsul Yusof dan Ira Kazar akhirnya terjawab apabila pengarah itu mengumumkan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 6 Januari 2023 di Thailand.
Ketika itu Syamsul masih suami kepada Puteri Sarah Liyana.

Nad Zainal & Ungku Ismail

Nad Zainal mengumumkan telah berkahwin bersama pelakon Ungku Ismail Aziz pada 23 Januari 2023 selepas aktres itu pulih daripada jangkitan paru-paru yang hampir meragut nyawanya.
Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan berpisah pada September 2022.

Shila Amzah & Ubai

Selepas tiga bulan bertunang, penyanyi Shila Amzah dan Ubai telah selamat disatukan sebagai suami isteri pada 5 Ogos 2023.
Shila dan Ubai mulai rapat sejak Februari.
Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais.

Mizz Nina & Essam Muhammad

Mizz Nina kembali mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap, Essam Muhammad pada suku kedua 2023, tanpa mendedahkan tarikh sebenar.
Majlis diadakan secara tertutup itu dipercayai berlangsung di luar negara.
Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun bercerai pada 4 Ogos 2022. Pasangan itu pernah memiliki anak angkat lelaki bernama Musa.

Noh Salleh & Fatin Athira

Noh juga telah menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan hati, Fatin Athira pada 23 September 2023.
Kisah cinta Noh dan Fatin mula menjadi perhatian apabila foto pertunangan mereka tersebar di media sosial.

Janna Nick & Dini Schatzmann

Pelbagai episod cinta dilalui pasangan ini sebelum memutuskan untuk berkahwin pada 10 Jun 2023.
Majlis secara tertutup diadakan di Langkawi.

Shuib & Watie Hanifiah

Dua tahun menduda, Shuib akhirnya memilih Watie Hanifiah untuk menjadi suri hatinya pada 23 Jun 2023.
Ini merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas kematian isterinya, penyanyi Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 akibat COVID-19.

Nabila Razali & Nik Iruwan

Mengunci mulut daripada berbicara tentang hubungan cinta, Nabila Razali menamatkan spekulasi apabila berkahwin bersama usahawan Nik Iruwan pada 18 November 2023.
Majlis diadakan di Pahang secara tertutup.

Dahlia Rizal & Imran Aqil

Setahun bertunang, pempengaruh Dahlia Rizal selamat berkahwin dengan pelakon, Imran Aqil pada 9 September 2023.
Selepas selamat bergelar suami isteri, pasangan itu mengadakan beberapa majlis resepsi di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024