#GempakWrapped2023: Mak Cik Marhaban, Aizat Saha, Adib Banana Dibs, Nisa Ai Antara Yang Tiba-Tiba Popular Tahun Ini
Izwan Isa
26/12/2023 09:55 MYT
26/12/2023 09:55 MYT
Kewujudan platform media sosial menyebabkan ramai dalam kalangan penggunanya mendadak popular hanya disebabkan satu kandungan viral.
Berikut merupakan lapan individu atau pengguna media sosial yang tiba-tiba tular dan muncul mencuit perhatian netizen.
Kumpulan Marhaban Al-Islah
Gara-gara audio lagu marhaban Selamat Pengantin Baru Kami Ucapkan, kumpulan marhaban yang terdiri daripada wanita warga emas di Kampung Tersusun Kledang Utama, Sungai Siput, Perak viral di media sosial. Menariknya, ramai dalam kalangan individu popular menggunakan audio tersebut termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Wajah yang kacak merupakan satu ‘umpan’ untuk menarik perhatian pengguna media sosial dan ternyata, kerana wajahnya yang handsome, Muhammad Iman Arif Lokman tular dalam kalangan warga maya. Begitupun, Iman mendedahkan yang dia pernah menjadi mangsa face shaming kerana warna kulit wajahnya yang gelap.
Seorang wanita warga emas, Che Mas Mat Yusof mencuri perhatian netizen selepas video mengucapkan selamat pagi viral di platform TikTok. Menerima hingga lebih 10 juta tontonan, Che Mas turut diberi gelaran Mak Cik Dodoi oleh wargamaya. Menariknya, akaun TikTok Mak Cik Dodoi didaftarkan oleh cucunya dan dijadikan sebagai platform untuk berkongsi bacaan selawat.
Tak Boleh Lawan Nisa Ai
Secara tiba-tiba, fenomena ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ melanda media sosial. Tidak kira apa sahaja kandungan yang diterbitkan, ada sahaja dalam kalangan netizen yang meninggalkan komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’. Tuan empunya badan menerangkan, frasa tersebut berasal dari trend tarian yang dibuat oleh individu lain dibandingkan peminat dengan Nisa sendiri.
TikToker kembar, Cha dan Faa viral selepas turut serta mengikuti trend NPC (non-player character) di platform berkenaan. Sungguhpun ramai yang mengikuti siaran langsung mereka di TikTok, namun, ramai juga yang turut melontarkan kritikan.
Hanya disebabkan satu pertanyaan: “Biasa, maksudnya?”, populariti peniaga pisang goreng, Abdul Adib meroket tinggi, sehingga menyebabkan ramai yang beratur dan ingin mencuba sendiri pisang goreng yang diniagakannya. Begitupun, Adib mendedahkan yang cawangan Banada Dibs miliknya yang terletak di Melaka telah pun ditutup, dipercayai terkesan akibat perbuatan ilmu hitam.
Individu bernama Aizat Saha ini tiba-tiba meraih perhatian umum selepas video jenis POV (point-of-view) yang dikongsikan di TikTok mencuri perhatian netizen. Hal ini kerana, Aizat dilihat seperti berlakon menjadi teman lelaki kepada sesiapa sahaja yang menonton kandungannya di TikTok dan ia disifatkan sebagai satu kandungan yang unik dan jarang dilakukan orang lain.
Jejaka bernama Fahd ini merupakan seorang model. Namun, baru-baru ini, namanya tiba-tiba dikenali selepas video konvokesyen yang dimuat naik di TikTok meraih perhatian bukan sahaja netizen, tetapi jenama-jenama besar di Malaysia. Sehinggakan, jenama-jenama ini berinteraksi dan meninggalkan komen pada video Fahd itu.
Berikut merupakan lapan individu atau pengguna media sosial yang tiba-tiba tular dan muncul mencuit perhatian netizen.
Kumpulan Marhaban Al-Islah
Gara-gara audio lagu marhaban Selamat Pengantin Baru Kami Ucapkan, kumpulan marhaban yang terdiri daripada wanita warga emas di Kampung Tersusun Kledang Utama, Sungai Siput, Perak viral di media sosial. Menariknya, ramai dalam kalangan individu popular menggunakan audio tersebut termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
BERITA TRENDING: #GTheUntoldStory: Cerita Marhaban, Populariti & Lagu Suci Dalam Debu
Abang Lori HandsomeWajah yang kacak merupakan satu ‘umpan’ untuk menarik perhatian pengguna media sosial dan ternyata, kerana wajahnya yang handsome, Muhammad Iman Arif Lokman tular dalam kalangan warga maya. Begitupun, Iman mendedahkan yang dia pernah menjadi mangsa face shaming kerana warna kulit wajahnya yang gelap.
BERITA TRENDING: Ramai Tak Senang Duduk Tengok Video Abang Lori Kacak! [VIDEO]
Mak Cik Selamat PagiSeorang wanita warga emas, Che Mas Mat Yusof mencuri perhatian netizen selepas video mengucapkan selamat pagi viral di platform TikTok. Menerima hingga lebih 10 juta tontonan, Che Mas turut diberi gelaran Mak Cik Dodoi oleh wargamaya. Menariknya, akaun TikTok Mak Cik Dodoi didaftarkan oleh cucunya dan dijadikan sebagai platform untuk berkongsi bacaan selawat.
Tak Boleh Lawan Nisa Ai
Secara tiba-tiba, fenomena ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ melanda media sosial. Tidak kira apa sahaja kandungan yang diterbitkan, ada sahaja dalam kalangan netizen yang meninggalkan komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’. Tuan empunya badan menerangkan, frasa tersebut berasal dari trend tarian yang dibuat oleh individu lain dibandingkan peminat dengan Nisa sendiri.
BERITA TRENDING: “Tak Boleh Lawan Nisa Ai” - Komen ‘Annoying’ Undang Tanda Tanya Di TikTok, Ini Penjelasan Tuan Badan
Cha Dan FaaTikToker kembar, Cha dan Faa viral selepas turut serta mengikuti trend NPC (non-player character) di platform berkenaan. Sungguhpun ramai yang mengikuti siaran langsung mereka di TikTok, namun, ramai juga yang turut melontarkan kritikan.
BERITA TRENDING: Cha & Faa Buat Watak Pelik Demi Views? [VIDEO]
Adib BananaHanya disebabkan satu pertanyaan: “Biasa, maksudnya?”, populariti peniaga pisang goreng, Abdul Adib meroket tinggi, sehingga menyebabkan ramai yang beratur dan ingin mencuba sendiri pisang goreng yang diniagakannya. Begitupun, Adib mendedahkan yang cawangan Banada Dibs miliknya yang terletak di Melaka telah pun ditutup, dipercayai terkesan akibat perbuatan ilmu hitam.
BERITA TRENDING: Jumpa Syiling Pelik, Jualan Merosot, Adib Bananadibs Tutup Cawangan Di Melaka - "Ada Orang 'Hantar' Benda Supaya…”
Aizat SahaIndividu bernama Aizat Saha ini tiba-tiba meraih perhatian umum selepas video jenis POV (point-of-view) yang dikongsikan di TikTok mencuri perhatian netizen. Hal ini kerana, Aizat dilihat seperti berlakon menjadi teman lelaki kepada sesiapa sahaja yang menonton kandungannya di TikTok dan ia disifatkan sebagai satu kandungan yang unik dan jarang dilakukan orang lain.
BERITA TRENDING: Aizat Saha Tak Kisah Content TikTok Miliknya Diminati Kaum Lelaki - “Mungkin Itu Happy Pills Mereka”
FahdJejaka bernama Fahd ini merupakan seorang model. Namun, baru-baru ini, namanya tiba-tiba dikenali selepas video konvokesyen yang dimuat naik di TikTok meraih perhatian bukan sahaja netizen, tetapi jenama-jenama besar di Malaysia. Sehinggakan, jenama-jenama ini berinteraksi dan meninggalkan komen pada video Fahd itu.