Berita
Genap Seminggu Bergelar Suami, Nabil Mahir Tak Percaya Dah….
Pelakon Nabil Mahir bagai tidak percaya dia dan Ayda Jebat kini sudah genap seminggu bergelar suami isteri.
Nabil, 33, juga bersyukur kerana pernikahannya dipermudahkan dan dia hanya akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
“Pejam celik dah seminggu bergelar sebagai suami isteri…Masih macam tak percaya kita dah kahwin.
“Welcome to the family wuvv (panggilan manja buat Ayda)
“Tak percaya boleh 1 lafaz je. Ye la kan saya ni kaki tersasul je..Alhamdulillah,” katanya.
Nabil meluahkan rasa gembiranya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Nabil memuat naik foto di hari pernikahannya bersama keluarganya.
Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian pengikutnya yang turut gembira dengan perkahwinan mereka.
“Syukur Allah permudahkan, berakhir zaman bujang Abang Nabil Mahir,” kata salah seorang pengikutnya.
“Alhamdulilah, kalau tersasul memang best lah kena nanti ,” komen salah seorang, warga maya.
“Suka tengok mereka berdua ni,” puji salah seorang warga net.
Nabil dan Ayda bernikah pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 28 April 2020.
Must-Watch Video