Seorang kanak-kanak mencuri tumpuan ramai apabila berjaya menghafal sifir satu hingga 12 dengan begitu mudah.

Perkara itu dikongsi bapa kepada Noah iaitu Shamer menerusi beberapa posting di Instagramnya, baru-baru ini.

Menurut Shamer, Noah telah menunjukkan minat dalam matematik sejak usianya memasuki dua tahun.

“Sekarang dia mampu menjawab soalan-soalan sifir satu hingga 12. Bukan bijak dalam sifir saja, Noah juga dapat membezakan nombor dari sa, puluh, ratus, ribu, juta, bilion dan ke atas.

“Selain itu dia juga cekap mengingati nama-nama benda, haiwan dan lain-lain.

“Sebenarnya Noah dah mula kenal pasti nama-nama objek atau ‘very first word’ seawal usia setahun dan boleh membaca seawal usia dua tahun.

“Selain meminati subjek matematik, Noah sangat suka bentuk dan aktiviti menyusun puzzle. Noah juga belajar ‘grammar’ melalui video,” katanya.

Jelasnya Shamer, Noah sama seperti kanak-kanak lain yang bermain dan beriadah seperti biasa.

“Walaubagaimanapun, kami banyak menggunakan cara atau teknik belajar sambil bermain. Ini membuatkan anak lebih suka dan menarik minat mereka untuk belajar sesuatu yang baru.

“Isteri pun yakin penggunaan kad imbas dalam mengajar anak amat berkesan,” katanya kepada Gempak.

Anda boleh lihat video Noah di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Shamer Saranison (@shamersaranison)

A post shared by Shamer Saranison (@shamersaranison)