Skip to main content

Selebriti

Bahasa Tersusun & Tak Gelabah, Netizen Puji Cara Radin Dan Uyaina Arshad Kendali ‘Live’ BASS - “Bahagian Paling Tersentuh Apabila…”

Bahasa Tersusun & Tak Gelabah, Netizen Puji Cara Radin Dan Uyaina Arshad Kendali ‘Live’ BASS - “Bahagian Paling Tersentuh Apabila…”

Sekilas

  • Pengacara radio Radin dan Uyaina Arshad dipuji kerana pengawalan emosi dan penggunaan bahasa yang tersusun semasa mengacara siaran langsung majlis pernikahan Syed Saddiq dan Bella Astillah.
  • Momen spontan dan sokongan Radin kepada Uyaina yang sebak ketika siaran langsung mendapat perhatian dan pujian daripada penonton.
  • Uyaina mengakui awalnya gementar mengacara siaran langsung, namun berkat kerjasama Radin, majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan positif daripada rakyat Malaysia.
Advertisement

Seorang pengguna di Threads tampil memuji penyampai radio, Radin dan pengacara, Uyaina Arshad ketika mengacara siaran langsung pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi, Bella Astillah.

Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan memuji penggunaan bahasa, pengawalan emosi dan momen spontan kedua pengacara itu meskipun ramai tetamu kehormat yang hadir di majlis berkenaan.

Advertisement

“Respect dekat Radin dan Uyaina tadi. Paling suka tengok cara mereka kendalikan Live majlis masa tunggu ketibaan BASS. 

“Bahasa yang tersusun, tak gelabah pun walau dalam tu ramai VVIP’S yang hadir. 

“Momen spontan pun comel sangat terutama bila Pak Azad dan Nabil cuba kacau-kacau sikit kat belakang,”tulisnya.

Advertisement

Malah, individu itu turut tersentuh apabila Radin dilihat memberikan ruang kepada Uyaina ketika Uyaina sebak semasa siaran langsung itu.

“Bahagian paling tersentuh apabila tengok Uyaina sebak sikit hujung majlis. Radin rileks, tenang dan supportive bagi masa kat Uyaina. Kedua-dua kamu sangat profesional,”ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, Uyaina turut meninggalkan komen dan menghargai segala pujian yang diberikan terhadapnya.

Menurut Uyaina, pada awalnya dia turut gementar untuk mengacara siaran langsung tersebut, namun berkat bantuan Radin, segala urusan mereka berjalan dengan lancar.

“Mashaallah terima kasih korang. Kamu semua sangat baik. Radin adalah pasangan host yang sangat hebat. 

“Gementar juga awal-awal itu. Gemuruh sebab tahu ramai yang menonton. Tetapi alhamdulillah. Terima kasih rakyat Malaysia. Maka Kami!,”komennya.

Anda mungkin berminat dengan

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

Must Watch Video

Advertisement