Sekilas
- Datin Seri Nur Shahida menegur sikap segelintir individu yang suka mengkritik fizikal orang lain tanpa sebab yang munasabah.
- Beliau menyeru orang ramai supaya memberi sokongan dan dorongan kepada mereka yang ingin berubah ke arah lebih baik.
- Sebagai seorang ibu, Shahida berharap isu ini diambil serius dan tidak dijadikan bahan jenaka atau hinaan.
Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil memberi teguran terhadap tindakan sikap segelintir individu yang gemar mengkritik fizikal jika tidak menyukai seseorang.
Menerusi perkongsian di Threads, Shahida berkata orang ramai sepatutnya memberikan sokongan dan dorongan jika seseorang itu ingin berubah ke arah yang lebih baik.
“Kenapa ya bila kita tak suka atau ada masalah dengan seseorang,kita suka libatkan fizikal orang. Walhal tak menyusahkan kita pun.
“Kalau orang berubah jadi lebih baik, kita patut sokong dan doakan. Bukan kita bergembira bila ada orang lain jadi bahan ketawa dan hinaan orang,”tulisnya.
Sebagai seorang ibu, Shahida berkata dia tidak menyokong mana-mana pihak, sebaliknya dia berharap perkara tersebut diambil serius dan tidak sepatutnya menjadi bahan jenaka.
“Saya tak sokong sesiapa tapi sebagai seorang wanita yang dah melahirkan anak dan banyak berkorban untuk jadi ibu ini, tak wajar dijadikan bahan jenaka,”ujarnya.