Bintang Gegar Vaganza, Linda Nanuwil akui kecewa apabila akaun Instagramnya digodam baru-baru ini.

Sedih dengan kejadian itu, Linda telah mengambil inisiatif dengan membuka akaun baharu, @linda.nanuwil untuk berkomunikasi dengan peminatnya.

Akaun berkenaan baru mempunyai satu posting dan 1,835 pengikut.

“Panik dan stress bila akaun lama (lindananuwil) kena hacked! Nak masuk minggu separuh akhir dan mara ke final macam-macam benda berlaku,” tulisnya.

Bagaimanapun Linda menganggap setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Marah, geram dan nak nangis pun ada. Tapi tak mengapalah, pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini. Bersabar sahaja… Let’s start fresh and move forward!” coretnya.

A post shared by Linda Nanuwil (@linda.nanuwil)


Minggu separuh akhir menyaksikan Linda berada pada kedudukan ketiga dengan peratusan markah 68.30%

BACA: Tiada Penyingkiran Di Pentas Separuh Akhir, Apa Pula Kejutan GV Kali Ini?

BACA: Corat-Coret GV7: Terkejut, Muka Cliff Umar Memang Tak Boleh Control

BACA: GV7: Semua Ke Final! Ini Recap Dan Komen Juri Di Separuh Akhir


Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.