,
Gegar Vaganza 7

Tiada Penyingkiran Di Pentas Separuh Akhir, Apa Pula Kejutan GV Kali Ini?

Fiza Kamarudin
06/12/2020
16:02 MYT
Selepas sembilan minggu berentap di pentas Gegar Vaganza (GV) 7, Cliff Umar menarik nafas lega apabila namanya diumumkan sebagai bintang ke tujuh layak ke pentas final minggu hadapan.
Pengumuman Nabil Ahmad dan Jihan Muse selepas segmen 'Ada Lagu Ada Lagi', mengenai bakal ada kejutan pada minggu finale turut meningalkan tanda tanya.
Keputusan mengejutkan tersebut sekaligus mencatat sejarah GV apabila kesemua 7 bintang layak marebut gelaran juara.
Antara Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ayu, Noraniza Idris dan Cliff Umar siapa yang layak bergelar juara dan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu dan trofi sumbangan Astro?
Bagaimanapun keputusan pada malam Separuh Akhir menyaksikan Cliff Umar menduduki tempat terbawah dengan markah sebanyak 44.50% daripada juri.
Markah diberikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat dan Jay Jay.
Ini markah penuh semua bintang pada minggu Separuh Akhir GV7:
Secara automatik Oja yang berada di tangga pertama, menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi.
Di awal rancangan, Muss yang menyanyikan lagu Seragam Hitam di pentas suku akhir diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi kerana mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu lalu.
Linda Nanuwil pula menerima Anugerah Bintang CUCKOO Healthy Home pada minggu ini selepas menerima kicauan (tweet) dengan hashtag paling banyak di laman sosial Twitter sepanjang siaran langsung.
Minggu ini menerusi segmen 'Kongsi Rezeki', Farm Fresh dan Astro mengunjungi penyanyi Pop Yeh-Yeh Rocky Din.
Pada Ogos lalu, Rocky Din dilaporkan diserang strok ringan menyebabkan tangan serta kaki kanannya tidak dapat bergerak serta percakapannya kurang jelas.
Rocky telah menerima wang sumbangan berjumlah RM10,000 daripada Farm Fresh dan Astro.
Istimewanya minggu ini kongsi rezeki turut menyerahkan RM10,000 kepada Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Pentas Akhir minggu hadapan finalis bakal membuat tiga persembahan iaitu nyanyian solo, duet bersama bekas bintang GV7 dan pusingan battle.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan ulangan pada 11 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Unitar