ANTARABANGSA
GIVI Lancar Kotak Simpanan Antartica, Ruang Penyimpan Lebih Luas Sehingga 42 Liter
Pengeluar aksesori motosikal terkemuka di dunia, GIVI melancarkan kotak simpanan baharu mereka menerusi varian Antartica untuk pasaran negara ini.
Kotak simpanan dengan sentuhan anak tempatan itu memiliki kapasiti 42 liter. Ia mempunyai ruangan yang besar dan mampu memuatkan sehingga dua helmet jenis demi-jet atau satu topi keledar modular. Dari segi spesifikasi fizikal reka bentuk, ia tampil dengan rekaan baru yang dinamik dan elegan.

Selain itu, Antartica juga menampilkan sistem Micro 3 Locking, ia membolehkan penunggang mengunci kotak simpanan dengan lebih efisien serta selamat. Seperti semua kotak simpanan GIVI polimer, B42N dihasilkan daripada Polypropylene (PP) kelas tertinggi.

Sementara itu, Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata, kapasitinya yang besar membolehkan mereka membawa barang dalam kuantiti yang banyak.

“Kami yakin bahawa produk ini akan memberi impak yang baik, walaupun dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar,” katanya.

Must-Watch Video