Kehangatan malam kemuncak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) yang berlangsung pada malam Ahad di dewan Auditorium MBSA, Shah Alam masih terasa sehingga kini.

Bukan sahaja pemenang setiap kategori mendapat tumpuan, malah kemunculan pelakon Projek High Council iaitu Amir Ahnaf di pentas GMWA2022 turut mencuri perhatian.

Kemunculan Amir yang menyamar sebagai penghantar makanan atau rider McDonald’s membuatkan peminat-peminat tidak keruan selain namanya menjadi trending di Twitter.

“Sebelum dia menanggalkan helmet, saya hanya berfikir ‘macam mana kalau lelaki itu adalah Amir Ahnaf? Saya tak tahu macam mana saya boleh berfikir itu dia tapi bro! Memang dia!

“My Amir Ahnaf fasa lambat lagi kot nak habis. Dah kalau handsome macam ini.

“Respectfully, Amir Ahnaf is one the hottest malay guy I would go simping for.

“Semalam tengok #GMWA2022 dan this whole Amir Ahnaf wave is crazy!” komen beberapa peminat di Twitter.

Rata-rata mereka juga sangat menyukai gaya rambut Amir yang dianggap sesuai dengan imej pelakon berusia 23 tahun itu. m

Malam GMWA2022 menyaksikan 9 kategori dipertandingkan manakala satu anugerah khas iaitu Anugerah Gempak Hall Of Fame serta keseluruhan Anugerah Gempak Most Wanted 2022.

Anugerah Gempak Most Wanted diungguli oleh pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad yang juga membawa pulang trofi anugerah Digital Influencer Tergempak.

Bagi Anugerah Gempak Hall of Fame pula diberikan kepada personaliti media sosial terkenal iaitu Sofyank yang banyak mengharumkan nama Malaysia di luar negara.