Terkini

#GMWA2023: Kegagalan Tak Patahkan Semangat Aizat Saha, Lebih Semangat Berkarya! - “Mungkin Ada Rasa Sikit Kecewakan Fans, Cuma…”

Izwan Isa
27/02/2024
08:55 MYT
Gagal meraih kemenangan menerusi kategori Video Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23), Aizat Saha menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha pada masa akan datang.

BERITA TRENDING: Abang POV, Aizat Saha Dedah Sedang ‘Berkawan’ Dengan Seseorang

Bagi Aizat, keberadaannya di senarai top 5 sudah cukup untuk menjadikan dirinya berpuasa hati dan lebih mempercayai peluang yang lebih besar akan datang pada masa akan datang.
“Kalau tanya perasaan… saya ok sahaja tidak berjaya memenangi sebarang tempat menerusi kategori Video Tergempak. Sebab saya rasa, dengan kegagalan ini, ia menjadi pembakar semangat untuk saya berusaha lagi.
“Insya-Allah, untuk masa akan datang, saya akan terus cipta kandungan yang lebih baik dan menarik, selain mengumpulkan penyokong yang lebih ramai.
“Mungkin ada sikit rasa sedikit kecewakan fans… cuma seperti yang saya kata, sudah berada di top 5 sudah memadai dan selain itu, saingan saya juga cukup kuat. Mungkin rasa (kecewa) itu ada sebab pada hari menjelangnya acara, ramai dah mula doakan saya dan mahu saya menang. Di situ, saya rasa sedikit pressured.
“Cuma, saya yakin, mereka faham dengan situasi ini dan ada rezeki di tempat lain pada kemudian hari,” katanya kepada Gempak.
Ditanya mengenai perancangan dalam bidang seni, Aizat memaklumkan yang dia kini mahu memberi fokus pada bidang lakonan.

BERITA TRENDING: Makin Popular, Aizat Saha Terima Mesej Lucah! - "Ada Yang DM Hantar ..."

“Apabila saya tercalon di Gempak Most Wanted Awards 2023, saya berasa sangat bersyukur kerana ia menjadi satu platform untuk membuatkan nama saya dikenali,” katanya lagi.
Untuk rekod, kategori Video Tergempak dimenangi oleh video Kesian Girlfriend Lapar oleh Mikhail Imaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kemunculan Datuk Seri Rossa dalam POV Aizat Saha Raih Perhatian Netizen

gempak
29/05/2024
15:55 MYT
Perkongsian video POV (point of view) yang dibuat pempengaruh, Aizat Saha bersama penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Terima Tawaran Berlakon MV Raya & Iklan, Aizat Saha Bersyukur Ramadan Serta Syawal Penuh Rezeki

gempak
08/04/2024
13:55 MYT
Pencipta kandungan dan pelakon, Aizat Saha menzahirkan rasa syukur atas pelbagai peluang dan tawaran yang diberikan kepadanya sepanjang bulan Ramadan.
Hiburan

"Aku Dah Popular Pun Sebelum Dia Popular" - Kelly Azman Nafi Tumpang Glamor Aizat Saha

gempak
31/03/2024
09:55 MYT
Selebriti versatil Kelly Azman menafikan tuduhan segelintir warganet bahawa dirinya cuba menumpang populariti pempengaruh Aizat Saha.
Terkini

Abang POV, Aizat Saha Dedah Pernah Ditawar RM500,000 Untuk Jadi Anak Ikan – "Kalau Duit Datang Dengan Cara Tidak Baik…”

gempak
18/03/2024
06:55 MYT
Rupanya Aizat banyak dapat DM nakal.
Viral

#GMWA23: Daniel Ajar Ayat ‘Agittew’, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Calum Scott Nak Sebut - “Selamba Dia Gula-Gulakan Macam Tu”

gempak
29/02/2024
12:55 MYT
Selamba je Daniel kacau Calum Scott.