Hiburan
#GMWA23: Ayuh, Jangan Mati Rasa Itu, Mak Cik Dodoi, Pergilah Cinta & Test Drive Bakal Merebut Posisi Lagu/Audio Tergempak
Rantaian lagu dan audio iaitu Ayuh (Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Mak Cik Dodoi (@chemass_kaklong), Pergilah Cinta (Danial Kifli) dan Test Drive (Firdaus Rahmat) diumumkan sebagai finalis Top 5 Lagu/Audio Tergempak, Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23).
Pengumuman itu dibuat menerusi Sidang Media GMWA23 - Pengumuman Calon Top 5 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur sebentar tadi.
Amelia Henderson dan Sean Lee, selaku hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted akan digandingkan bersama Zizan Razak dan Sherry Alhadad.
Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.
Advertisement
Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.
Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.
Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K dan akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.
Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara. Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.
Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.
Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.
Must-Watch Video