Lagu Selagi Ku Ada gandingan penyanyi Khai Bahar dan Nabila Razali dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Video Muzik Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2023.

Selagi Ku Ada dengan undian 50.44 peratus telah mengalahkan empat lagu popular lain iaitu Damello dan Look at This (Dolla), Kudrat (Sekumpulan Orang GilaxNaim Daniel), dan Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain).

BERITA TRENDING: #GMWA23: Sengit! Damelo, Kudrat, Look At This, Selagi Ku Ada & Waktu Intai Peluang Menerusi Kategori Video Muzik…

Lagu ini juga merupakan runut bunyi bagi sebuah drama lakonan Nabila bersama pelakon, Aedy Ashraf.

Lagu hasil ciptaan oleh, penyanyi Amylea itu telah memperoleh sebanyak 2.7 juta tontonan di Youtube.