Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad mengakui gembira dan dalam masa sama teruja apabila diberi tanggungjawab untuk mengemudikan Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23) bersama Zizan Razak, di samping Amelia Henderson dan Sean Lee.

Sherry berkata, Zizan mempunyai karakter tersendiri dan ia akan memberikan satu gabungan yang berbeza dengan gandingan pengacaraannya sebelum ini.

“Saya berasa gembira diberi tanggungjawab ini… tapi dalam masa sama excited! Namun, saya ada rasa risau bergandingan dengan Zizan sebab macam mana nak kawal dia. Tak tahu apa kejutan dan Zizan pun unpredictable.

“Selain itu, tema Y2K ni zaman saya dan Zizan. Dan Amelia dan Sean pula masing-masing masih kecil ketika itu. Jadi, saya rasa gandingan kami nanti bakal menjadi satu gandingan yang istimewa,” katanya menerusi Sidang Media GMWA23 - Pengumuman Calon Top 5 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.

Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.

Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.

Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K dan akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.

Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara. Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.

Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.