Laman Utama

“Gomar Menjobo, Kesian Orang Semua” - Hattan ‘Sound’ Selebriti & Instafamous Salah Guna Surat Kebenaran Rentas Negeri

gempak
Azwa Rahman
07/04/2021
06:00 MYT
Sponsor Banner
“Gomar Menjobo, Kesian Orang Semua” - Hattan ‘Sound’ Selebriti & Instafamous Salah Guna Surat Kebenaran Rentas Negeri
Penyanyi hebat Datuk Hattan meluahkan rasa kecewa dan geramnya pada golongan Instafamous dan selebriti yang menggunakan surat kebenaran merentas negeri untuk tujuan peribadi seperti bebulan madu.
Menerusi laman sosial Instagram, Hattan berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum.
“Astagfirullahalazim, besok kau salahkan polis, ini apa punca ni? Bukan salah diorang, puncanya sikap instafamous la bona, selebriti la bona.
“Wuiii, kau dah dapat kebenaran mana kau nak mentubong, mana kau nak melingkop, kau punya pasal. Bila kau dapat kebenaran tu pandai pandai la kau jaga. Yang kau pegi upload semua benda ni pasal apa?
“Ini jadinya sikap tak bertanggungjawab. Cuba fikir secara waras, gemar menjobo diri, menunjuk-nunjuk. Allahuakbar, kesian la orang semua, bulan Ramadan dah dekat, raya lagi orang nak balik.
“Silap-silap esok dah tak boleh balik kampung. Puncanya, benda-benda bangang macam ni la. Cuba kau pikir secara waras. Berhenti la perasan kita ni instafamous, kita ni selebriti, orang lain pun popular je,” bidas Hattan menerusi sebuah video.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dengan pendapat Hattan dan kecewa dengan sikap segelintir instafamous dan selebriti yang mementingkan diri sendiri.
Den harini gi balai polis nak mintak kebenaran untuk rentas negeri untuk buat keje, macam-macam di soal, sebelum ni okay je. Puncanya ada la sorang tu,” luah seorang wargamaya.
Tahniah semua artis, hijabista dan instafamous. Hadiah terbaik untuk kami semua,” kata seorang wargamaya.
Money is above the law. Bak kata orang Jelebu, perangai tak semonggah. Abih semua nak ditunjuk. Jobo tak tentu arah,” tulis seorang wargamaya.
Setuju, sedih sebab mereka hanya pentingkan diri sendiri, last orang lain yang naya,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 80,000 tontonan.
Awal minggu ini, tular notis yang menuntut bukti kukuh dan perancangan aktiviti untuk permohonan rentas negeri di media sosial.
Namun menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, notis tersebut telah diturunkan atas sebab yang tidak dinyatakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024