Penyanyi dan pemenang bintang Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah berkongsi sekeping gambar menunjukkan saiz badan terkininya yang kelihatan semakin ramping.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Saya suka baju saya hari ini, cantik dan simple rekaan dari Shahrell Naser, walaupun suami saya kata macam baju Ultraman," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum melihat saiz badan terkini pelantun lagu Janji Manismu ini dan memujinya.
"Tahniah, badan ideal kak.
"Cantiknya dah kurus.
"Wow you look great Kak Aishah, semakin ramping, great trasformation!" tulis netizen.

Dalam perkembangan lain, Aishah telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Malar.
Single ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupannya yang diharungi bersama suami, anak-anak dan peminat, ia boleh didapati di semua platform digital muzik seperti itunes, Joox, Spotify dan Deezer.