Laman Utama

#GTheUntoldStory Sharifah Sakinah; Tentang Cintanya Terhadap Michael Hansen, Ketenangan Hidup & Aidilfitri

gempak
Maliah Surip
23/04/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
#GTheUntoldStory Sharifah Sakinah; Tentang Cintanya Terhadap Michael Hansen, Ketenangan Hidup & Aidilfitri

Sharifah Sakinah hadir ke studio pemotretan #GTheUntoldStory bersama suaminya, Michael Hansen seperti yang dijanjikan. Ini adalah pertemuan pertama dan eksklusif Sakinah dan Michael atau Mike bersama media selepas mereka mendedahkan sudah menikah pada Februari lalu.

Edisi ini malah menjadi sangat istimewa buat tim #GTheUntold Story dan Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired bersama Mike kerana kami merakamkan mereka untuk merayakan Aidilfitri.
Bakal menyambut Lebaran yang akan tiba beberapa hari nanti, pasangan yang mengasaskan platform kesihatan bersama HemmaFit ini berkongsi kisah pertemuan, cinta dua agama dan budaya serta pendedahan pernikahan sebenar yang sudah melewati usia lebih satu tahun.
GEMPAK: Hi Sakinah dan Mike. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk sesi pemotretan #GTheUntold Story.
SAKINAH: Ya terima kasih juga. Saya datang sebab Astro banyak menyokong saya selama ini. Dan ia juga kerana mahu membincangkan topik mengenai Raya serta kesihatan, terutama apabila kami rancak membina platform kesihatan HemmaFit.
GEMPAK: Okay Sakinah. Kita terus kepada topik perbincangan. Boleh tahu bila tarikh sebenar pernikahan kalian? Adakah memang baru berlangsung selepas diumumkan pada Februari lalu atau sebaliknya?
SAKINAH: Kami sudah menikah sejak November 2020. Saya rasa cukup itu dikongsikan.
GEMPAK: Kenapa sebelumnya berahsia dan baru mengumumkannya?
SAKINAH: Sebelum ini saya fikir cukuplah keluarga kami tahu kerana ini pernikahan yang melibatkan ada ahli keluarga bukan dalam kalangan Muslim. Saya memutuskan memaklumkan kepada semua selepas netizen asyik mempertikaikan kemesraan dan hubungan kami termasuk bertanya apakah status kami. Ya, cukup saya maklumkan kami sudah sah sebagai suami isteri.
GEMPAK: Anda juga dilihat lebih low profile dalam pernikahan kedua ini. Memang memilih untuk lebih tertutup?
SAKINAH: Sejujurnya saya bukan selebriti yang sangat eksklusif. Tapi sebelum ini pernikahan kami tidak didedahkan kerana ada isu agama (dari pihak suami) dan budaya.
Sekarang bila orang sudah tahu, saya tak limitasikan pun. Saya pun bukan artis yang eksklusif. Saya dan suami tak kisah, ada masa kami akan kongsikan foto bersama di Instagram. Kami terbuka.
MIKE: Kami tidak merahsiakan perkahwinan ini tapi ada perkara yang kami rasa ia patut disimpan antara kami, kami simpan.
GEMPAK: Okay siapa yang mulakan langkah pertama?
MIKE: Itu biarlah di antara kami saja yang tahu.
SAKINAH: Tentulah saya. Saya hantar bunga kepada dia dan tulis nama sendiri iaitu Sharifah Sakinah sebagai penghantar bunga tersebut. Tapi dia tak balas pun. Tapi, ya, akhirnya kami bersama.
GEMPAK: Kualiti yang kalian suka antara satu sama lain. Siapa lebih banyak memberi pengaruh dalam kehidupan masing masing selepas berkahwin?
SAKINAH: Banyak, Mike mempengaruhi kehidupan saya dengan banyak untuk menjadi lebih baik dan positif.
Suami saya garang, multitasking. Dia boleh jaga anak, urus rumah dan memasak semua handal. Dia juga pandai bawa diri. Kami berkongsi minat yang sama iaitu dalam hal kesihatan dan senaman. Dan dia adalah pendukung terbesar saya.
MIKE: Saya tak ubah dia, tapi dia ubah dirinya sendiri. Saya suka dia sebab sebenarnya dia mempunyai hati yang sangat baik. Kami melengkapi satu sama lain dengan sangat baik. Macam Ying & Yang.
GEMPAK: Mike, anda sedar Sakinah sebenarnya seorang selebriti?
MIKE: Saya tak tahu dia selebriti. Saya tak tahu langsung. Saya sudah menetap di Malaysia selama dua tahun sebelumnya di Singapura. Sekarang saya di Sweden dan balik ke Malaysia, dunia adalah rumah saya.
GEMPAK: Memandangkan Sakinah pernah menikah dan sudah mempunyai anak, begitu juga Mike yang punya pengalaman perkahwinan serta ada anak, adakah kalian merancang untuk memiliki anak bersama?
SAKINAH: Kami tak terfikir untuk memiliki anak sekarang.
MIKE: Oh itu privasi.
GEMPAK: Bagaimana hubungan anda dengan bekas suami?
SAKINAH: Baik. Sangat baik. Alif seorang lelaki yang sangat baik. Malah sekarang dia dan Mike pun menjadi sahabat. Kami membesarkan anak perempuan kami, Anais, bersama.
GEMPAK: Sakinah, apa sebenarnya yang sangat menganggu kesihatan mental anda dan penyakit ADHD yang anda dihidapi?
SAKINAH: Bukan komen komen negatif netizen di media sosial. Komen komen sedemikian tidak pernah menganggu saya. Langsung.
Lebih lagi selepas saya tutup ruangan komen sekarang. Dulu saya baca pun tak terasa, inilah istimewanya otak saya. Biasanya yang trigger apabila ada yang bertanya ‘kenapa tak boleh jadi ibu yang baik?’ Inilah yang akan cetuskan Anxiety atau depresi saya. Tapi kalau setakat mengata sana hal selain menyentuh tentang diri saya sebagai ibu, kemarahan saya sukar diletuskan.
GEMPAK: Sejak bila anda sedar anda memiliki masalah kesihatan mental dan melihat pentingkan kesihatan melalui aktiviti senaman misalnya?
SAKINAH: Saya perasan kesihatan penting selepas suami bawa ke Sweden dan saya bertemu pakar psikiatri di sana untuk dignos ADHD saya. Sebab itu penting untuk jangan cepat menjatuhkan hukuman terhadap orang lain kerana setiap kita mempunyai masalah yang berbeza beza.
Di Sweden, semua orang mementingkan kesihatan. Gym juga penuh. Saya boleh katakan di Malaysia saya sangat manja tapi di sana kami gunakan semua kemudahan untuk bersenam. Dan dari sini jugalah antara pencetus bagaimana platform kesihatan kami, HemmaFit bermula.
GEMPAK: Kehidupan peribadi anda boleh disifatkan sudah berjalan lancar. Bagaimana pula dengan karier?
SAKINAH: Saya banyak dapat tawaran berlakon. Sekarang pun saya sebenarnya sedang sibuk di lokasi penggambaran sebuah drama yang akan ditayangkan di Astro selepas raya nanti.
Tajuknya Hantu Raya Pergi Perang dengan produksi KL Motion. Saya jadi peguam bernama Manisah yang cuba selamatkan kampungnya. Selain saya ada Adibah Noor dan Hun Haqeem.
Disebabkan saya sibuk di lokasi saya sedang detox menggunakan telefon bimbit. Saya tidak multitasking seperti banyak rakan selebriti lain yang boleh buat live atau TikTok juga masih aktif di media sosial sepanjang bekerja. Saya rasa mereka hebat sebab saya tak boleh fokus buat banyak benda. Jadi bila habis penggambaran baru saya akan aktif mengemaskini media sosial.
GEMPAK: Bagaimana dengan sambutan Aidilfitri tahun ini?
MIKE: Ini bukan pertama kali saya merayakan Aidilfitri kerana sudah pernah meraikannya bersama rakan Muslim lain sebelum ini.
Namun ini pertama kali saya akan merayakan Aidilfitri bersama keluarga besar Sakinah kerana sebelum ini kita menyambut raya dalam suasana pandemik. Tak sabar untuk berkumpul dengan keluarga Sakinah yang sangat ramah dan menerima saya dengan baik.
SAKINAH: Ya, dan selepas Raya dan habis penggambaran saya akan ikut Mike ke Sweden.
GEMPAK: Sakinah, pada usia 33 tahun dengan sudah melalui pelbagai rintangan hidup, apa yang anda inginkan sekarang?
SAKINAH: Apa yang saya mahu sekarang adalah ketenangan. Misalnya jika saya ambil tawaran berlakon sekarang, saya tak nak kerana ia meletup. Saya tak peduli soal duit. Serius saya tak peduli meletup atau tak. Sebenarnya dari dulu saya tak juga mengejar popular atau meletup. Saya cuma mahu hidup tenang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024