Air mata pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi ‘gugur’ ketika segmen khas memperingati Datuk Sudirman Hj Arshad yang disiarkan dalam program Meletop semalam.

Menerusi program tersebut, antara tetamu yang hadir termasuklah anak saudara Allahyarham, Atai dan pemuda yang tular kerana memiliki suara persis Sudirman iaitu Arish.

Kedua-dua mereka turut membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Hujan dan Merisik Khabar.

Dalam program tersebut juga, Atai turut berkongsi sikap Allahyarham yang paling tidak dapat dilupakan.

Menurut Atai, arwah bapa saudaranya itu mempunyai sikap untuk sentiasa melakukan yang terbaik.

“Arwah tu apa-apa dia buat, dia buat terbaik.

“Kalau dia buat sesuatu, dia buat dengan ikhlas. Jadi Atai harap semua dapat menyambung cara kerjanya,” katanya,

Untuk melihat sendiri bagaimana persembahan Atai dan Arish menyanyikan lagi Sudirman, anda boleh tonton episod MeleTOP menerusi Astro Go dan On Demand!