Laman Utama

Gula-Gula Bergelatin B*bi & Berlogo Halal Bikin Netizen Bimbang, JAKIM Keluarkan Kenyataan

Izwan Isa
14/09/2022
02:50 MYT
Semalam, kecoh dalam kalangan pengguna media sosial apabila dikhabarkan ada satu jenama gula-gula yang mengandungi unsur b*bi tetapi mempunyai tanda halal pada pembungkus.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh sebuah akaun di sebuah Twitter itu, kelihatan ‘gelatin b*bi’ tercetak dalam senarai bahan-bahan selain bahan-bahan lain yang biasa digunakan bagi pembuatan gula-gula.
Hal ini bukan sahaja mengejutkan, malah membuatkan netizen tertanya-tanya, bagaimanakah gula-gula tersebut boleh dijual di pasaran.
Lebih membimbangkan, gula-gula berkenaan juga dijual dengan terbuka di sebuah platform beli-belah online.
Menerusi ruangan balas, kelihatan netizen berbincang mengenai perkara berkenaan dan mencadangkan supaya laporan kepada pihak berwajib dibuat.
“Kena check logo tu. Logo halal itu bukan logo yang diiktiraf oleh JAKIM. Nampak sangat mereka letak sahaja logo di situ. Buat laporan,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi tinjauan Gempak di laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM, satu kenyataan tentang gula-gula tersebut telah dikeluarkan.
Menerusi kenyataan berkenaan, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus

gempak
15/07/2024
12:55 MYT
"Air di dalam baldi yang diminum kucing boleh dibuat wuduk," jawab Ustaz Azhar Idrus berkaitan persoalan dalam kesucian perlaksanaan wuduk dalam kalangan umat Islam.
Viral

Baru Peluk Islam, Lelaki Mualaf Ini Bawa Babi Untuk Dijadikan Haiwan Korban

gempak
21/06/2024
23:55 MYT
Ada satu hal yang menjadi perhatian umum gara-gara seorang mualaf memilih haiwan korban yang tidak halal untuk dimakan.
Viral

Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

gempak
05/06/2024
00:55 MYT
Susulan penularan berkaitan kes beberapa orang kanak-kanak secara tidak sengaja termakan daging babi akibat daripada kesilapan seorang pekerja penghantar makanan, Ustaz Hadhari tampil berkongsi berhubung perkara itu dari perspektif agama Islam.
Viral

Alamak! Pesan Mi Tarik, Yang Sampai Nasi Daging Babi

gempak
04/06/2024
07:03 MYT
Tular di media sosial seorang pengguna khidmat p-hailing meluahkan rasa kesal apabila penghantar makanan tersalah hantar juadah yang tidak halal ke rumah sahabatnya yang beragama Islam.
Laman Utama

Netizen Dakwa Jefri Nichol Masak Daging B*bi, Tanya Soal Agama

gempak
26/11/2023
03:55 MYT
Netizen Dakwa Jefri Nichol Masak Daging B*bi, Tanya Soal Agama