Seorang guru wanita yang tular selepas mencampak muridnya dalam kejadian di sebuah tadika di Jalan Kebun, Klang telah dibebaskan dengan jaminan polis, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, keterangan dilakukan oleh wanita berusia 22 tahun itu bagi melengkapkan siasatan selepas laporan dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut.

“Siasatan turut mendapati wanita itu merupakan guru tetap dan bukan praktikal.

“Dia telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Terdahulu, tular tindakan tidak berperikemanusian seorang guru praktikal mencampak seorang kanak-kanak di sebuah tadika di Klang.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu jelas memaparkan kanak-kanak berseragam tadika itu terlebih dahulu ditolak sebelum dilempar dan dimarahi guru wanita itu.

[[BACA: Guru Campak Kanak-Kanak Undang Rasa Marah Netizen]]
[[BACA: Ramai Salah Faham, Cikgu Praktikal Merakam Yang Kena Buang, Bukan Pelaku!]]