Laman Utama
Guru Pesantren Perkosa 12 Pelajar, 7 Melahirkan & 2 Hamil
Masyarakat Indonesia dikejutkan dengan sebuah peristiwa yang mengejutkan apabila seorang guru dan pengurus yayasan Pesantren di Kota Bandung, Jawa Barat, merogol 12 pelajar perempuannya.
Akibat perbuatan terkutuk yang dilakukan guru bernama Herry Wirawan, 36, itu, tujuh daripadanya sudah melahirkan anak, manakala dua masih hamil.
Menerusi laporan Kompas, guru tersebut telah melakukan perbuatan keji tersebut sejak tahun 2016 dan berlanjut sehingga tahun ini.
Malah, dalam kalangan pelajar perempuan yang menuntut secara percuma di pesantren tersebut, ada yang dirogol berulang kali dan ada yang melahirkan hingga dua kali.
Semua pelajar yang dirogol dipercayai berusia sekitar 16 hingga 17 tahun.
"Salah seorang mangsa ada yang telah dua kali melahirkan akibat perbuatan terdakwa," kata Jaksa Kejaksaan Negeri (Kejari) Bandung Agus Mudjoko, seperti dipetik dari Kompas.
Laporan yang sama menyatakan aksi terkutuk itu tidak hanya dilakukan di yayasan pesantren yang diurusnya, tapi juga di tempat lainnya seperti apartemen hingga hotel di Kota Bandung.
Saat ini, selain guru tersebut telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, pesantren itu juga telah ditutup dan semua pelajar yang menuntut di pusat pengajian dihantar pulang.
Terdahulu kes tersebut pertama kali dilaporkan kepada pihak polis pada Mei 2021. Namun pihak mereka tidak mendedahkan kes tersebut kerana masih dalam siasatan. Bagaimanapun ia terbongkar sewaktu kes didengar di mahkamah pada November lalu.
Sumber: Kompas.com
Foto: Kompas.com
Must-Watch Video