Konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) membuka tirai dengan persembahan hebat kesemua bintang yang bertanding.

Bertemakan Grand Concert, 14 bintang GV7 menyampaikan lagu hit nyanyian asal mereka yang semestinya dinantikan oleh penonton.

Konsert minggu pertama menyaksikan Linda Nanuwil yang mempersembahkan lagu Jika Kau Kekasih terpilih sebagai pemenang CUCKOO Healthy Home.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang yang paling banyak menerima kicauan (tweet) paling banyak di media sosial sepanjang siaran langsung.

Persembahan bintang pada konsert pertama dinilai oleh juri tetap GV7, Datuk Ramli Ms dan Khatijah Ibrahim manakala juri jemputan pula adalah bekas juara-juara GV yang terdahulu.

Mungkin ada yang terlepas, apa kata jom imbas kembali komen-komen padu yang diberikan juri kepada bintang-bintang GV7.

1.Noraniza Idris - Dondang Sendang & Dikir Puteri (90.90%)

Saya tak layak nak beri komen tapi saya nak beri pandangan. Satu perkataan respek! Ramai orang boleh menyanyi, ramai orang boleh menari tapi tak ramai yang boleh menyatukan semua itu. Untuk bawa penari yang ramai memang susah. Kak Ani memang marvelous!” - Naqiu , Juara GV2019


2.Mus - Sendiri & Biru Mata Hitamku (84%)

“Tenaga 50 tahun tu macam naga tu hidup, tinggi tu capai. 35 tahun kamu menyanyi di atas pentas, seni itu mintak balik pada kamu,” - Datuk Ramli Ms


3.Cliff Umar - Wanita Seluruh Dunia (81%)

“Bunyi sangat matang, everything sangat matang,” - Datuk Ramli Ms


4.Eva - Bulan Cinta (78.40%)

“Bukan senang nak dapat kumpulan wanita yang boleh harmoni atas pentas. Persembahan mantap. Ibu enjoy penonton enjoy, mereka beri kelainan dan ini yang kita nantikan,” - Datuk Khadijah Ibrahim


5.Yantzen - Tiada Lagi Aku & Insan (75.50%)

“I love your look nice. Satu persembahan yang semua terhibur, saya terhibur. Saya rindu dengan suara Yan. Alhamdulillah, please comeback,” - Datuk Khadijah Ibrahim

6.Ayu Damit - Hanya Di Mercu (73.50%)

“Marvellous! Awak tahu, dalam industri ini pedulikan kata-kata orang. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kita tahu Ayu penyanyi yang bagus, ibu harapkan Ayu gunakan pentas. Move around, talk to anybody. Gunakan untuk minggu yang akan datang. You did it fantastik,” - Datuk Khadijah Ibrahim


7.Haslinda - Sehati Sejiwa (72.60%)

“Intonasi sama macam dulu, saya patut bangga sebab artis-artis lama masih berupaya untuk menyanyi, tahniah dari saya kerana menyertai GV7,” - Ayai, Juara GV1

8.Linda Nanuwil - Jika Kau Kekasih (68.70%)

“Keluar dari zon selesa dan berikan yang terbaik. Gementar sikit-sikit itu biasa,” - Hady Mirza, Juara GV2019

9.Ashira - Di Ombak Resah (68.20%)

“Saya bangga dengan Ashira. Saya gembira awak dapat join GV7 tahun ini. Saya tak mahu komen dari segi persembahan, nyanyian perfect. Saya doakan Ashira gunakan peluang ini untuk perbaiki diri dari semasa ke semasa,” - Siti Nordiana, Juara GV2


10.Nomad - Tetap Menantimu (65.30%)

“Kenapa tak lepas, terkemut-kemut. Dia tak lepas, jangan simpan. Sebab ni minggu pertama okay, nafas tu tak lepas, kena lepaskan,” - Datuk Ramli Ms


11.Oja - Dasira (61.50%)

“Semua okay, Oja memang ada pendedahan dari dulu dengan muzik. Itu semua iboleh digunakan. Harap-harap Oja jangan berselindung disebalik gitar. Kita nak tengok awak sebagai penghibur. Tahniah dapat masuk GV7, enjoy pengalaman. Belajar dari Tok Ram, saya banyak belajar dari dia,” - Aishah, Juara GV4


12.Indigo - Istimewa (60%)

“Well done, kamu menyanyi dengan bagus, kurang lebih tu it’s doesn’t matter. Konsert pertama okay. Saya faham sebab lama dah tak menyanyi. Kamu buat dengan baik,” - Datuk Ramli Ms


13.Aju Success - Ku Basuh Luka Dengan Air Mata (57.90%)

“Saya boleh nampak awak sangat-sangat gementar, jadi bila gementar perasaan itu akan kontrol diri. Dua perkara penting dalam nyanyian adaah pitching dan tempo. Tapi paling penting adalah kita kena sediakan diri,” - Noryn Aziz, Juara GV5


14.Rozita Izlyn - Dunia Kita Berbeza (55.40%)

“Perjalanan masih jauh, minggu pertama memang gemuruh. Cuva overcome sebab ada miss tempo dan saya faham situasi itu sebab saya juga pernah melaluinya. But in the end, ini adalah pertandingan, selamat maju jaya dan keep it up,” - Azharina Azhar, Juara GV3

BACA: Corat-Coret GV7: Penutup Letop Kak Ani, Yantzen Terjatuh Dan Usikan Manja Datuk AC Mizal

BACA: GV 3: Kedudukan Peserta & ‘Recap’ Komen Juri Malam Konsert Pertama

GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.