Laman Utama

GV7: Sipi-Sipi Rupanya Nomad, Indigo Dan Eva! Ini Recap & Komen Juri Minggu Empat

gempak
Mya Amri
02/11/2020
04:04 MYT
Sponsor Banner
GV7: Sipi-Sipi Rupanya Nomad, Indigo Dan Eva! Ini Recap & Komen Juri Minggu Empat
Sipi-sipi! Itulah yang boleh disimpulkan sebaik melihat jumlah markah antara Nomad, Indigo dan Eva.
Bagaimanapun nasib masih lagi menyebelahi Nomad apabila nama Indigo dan Eva diumumkan sebagai bintang GV7 yang tersingkir di minggu keempat.
BACA: Dua Penyingkiran, Eva dan Indigo Tinggalkan GV7Minggu ini persembahan bintang dinilai oleh juri tetap GV7, Datuk Ramli Ms dan Datuk Khadijah Ibrahim manakala juri jemputan pula adalah Jennifer Thompson.
Berikut merupakan markah penuh dan recap komen juri di minggu keempat.
1. Muss - Dan Sebenarnya (74.60%)
“Kamu punya natural voice besar, saya lagi suka yang ni dari yang dulu. Tuhan bagi kamu yang lagi cantik kamu tak sedar. Ini cuma pendapat saya, kamu tak perlu ikut sebutan cara Yuna,” - Datuk Ramli Ms.
2. Linda Nanuwil - Kemarin (74.40%)
“Awak mulakan lagu dengan cara yang saya nak dengar. Awak dapat menjiwai lagu itu dengan baik. Awak harus bawa penyampaian lagu seperti ini, persembahan yang mantap,” - Datuk Khadijah Ibrahim.
3. Noraniza Idris - Saat Ku Idamkan (72.00%)
“Pertama saya suka dengan sebutan dan setiapnya boleh dengar dengan jelas, keduanya patah lagu. Malam ni awak bagi kami bertiga benda kami nak dengar. Persembahan yang sangat fantastik!” - Datuk Khadijah Ibrahim
4. Yantzen - Malam Ini Kita Punya (68.60%)
“Saya rasa awak struggle pada permulaan itu tapi bila masuk mid range awak okay. Part energetik, rock tetap rock tapi untuk saya awak rock all the way,” - Jennifer Thompson
5. Ayu Damit - Jahat (68.00%)
“Okay, tapi kurang sharp, maksudnya kurang jahat. Awak kena lebih jahat dan sharp dari segi menari, sebutan dan sebagainya. Bila dapat lagu macam ini awak kena ambil peluang. Lagu begini mahu seni keluar 100 % jangan hanya menyanyi tapi kena ada semua.” - Datuk Ramli Ms
6. Cliff Umar - Dialah Di Hati (63.00%)
“Kesian tengok awak menyanyi. Melodi, pernafasan lagu ini sangat susah untuk nyanyi. Nak komen pun saya rasa tak adil. Satu sebab teknikal, keduanya nak jadikan lagu ini maskulin agak sukar. Tapi saya bagi kamu kredit sebab kamu cuba. Saya kena lihat arah kamu punya kerja keras. Sangat susah nak cakap sama ada sedap atau tidak sebab teknikalnya sangat susah. Dia tidak teruk dan tidak terlalu bagus,” - Datuk Ramli Ms
7. Oja - Kebahagiaan Dalam Perpisahan (62.60%)
“Makin hari makin panas. Awak menjiwai lagu ini dengan bagus cuma perkataan pertama sahaja. Penuh bertenaga. High note fantastik,” - Datuk Khadijah Ibrahim
8. Aju Success - Pusara Di Lebuhraya (60.60%)
“Lagu ini memang awak punya makanan, gaya ada tapi bila menyanyi keras, maksud saya visual. Kamu nyanyi okay tak ada masalah cuma kalau dapat lagu makanan cuba beri ‘Aju’ yang nyanyi. Macam minggu lalu awak menyanyi versi kamu, cuba nyanyi lagu dan jadikan kamu punya versi,” - Datuk Ramli Ms
9. Rozita Izlyn - Ku Seru (59.60%)
“Awak sangat cantik, saya rasa awak antara artis yang orang underestimate. Awak sampaikan lagu dengan baik cuma dari segi pernafasan itu harus jaga,” - Jennifer Thompson
10. .Ashira - Cinta Beralih Arah (56.40%)
“Emosi yang awak bawa sangat bagus, kami boleh nampak dan rasa. Suara awak sangat merdu hanya permulaan lagu, ada juga pitching saya rasa mungkin sebab gementar,” - Jennifer Thompson.
11. Nomad - Rahasia Perempuan (56.20%)
“Satu part masuk longkang, yang lain okay. Lagu ini saya rasa susah nak nyanyi, awak dah try hard tapi susah nak follow atau replicate gaya penyanyi asal. Saya tak ada complain pasai vokal,” - Jennifer Thompson.
12. Indigo - Hidup Dalam Mati (55.20%)
“Pakaian macam Il Divo, nyanyian pun seakan-akan sama. Minggu ni sangat bagus. Awak banyak buat ulangkaji. Oleh kerana awak semua buat dengan baik minggu ini ibu happy,” - Datuk Khadijah Ibrahim
13. Eva - Kini (55.00%)
“Belum nyanyi saya dah bagi 100 tapi selepas itu potong-potong-potong. Okay saya tak nak komen apa-apa,” - Datuk Ramli Ms.
BACA:Corat-Coret GV7: Vibrato Berganda Rozita Izlyn, Tok Ram Kecek Kelate & Petikan Gitar Linda Nanuwil
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live