Terkini

GV9: Isu Pakaian Seksi Nampak Kulit Di Konsert GV, Syafinaz ‘Malas’ Dengar Cakap Netizen; “Jika Suka Tengok, Tak Suka Just Swipe!”

gempak
Shahrin Zulkifle
14/11/2022
08:00 MYT
Sponsor Banner
GV9: Isu Pakaian Seksi Nampak Kulit Di Konsert GV, Syafinaz  ‘Malas’ Dengar Cakap Netizen; “Jika Suka Tengok, Tak Suka Just Swipe!”
Juri tetap Gegar Vaganza 9 (GV9), Datuk Syafinaz Selamat tampil menjelaskan isu mengenai penampilannya sewaktu konsert minggu kesembilan yang dilabel netizen sebagai ‘mencolok mata’.
Enggan menurut kemahuan orang lain, Syafinaz menjelaskan dia hanya menjadi diri sendiri selain mengimpikan hidup yang sentiasa ceria.
“Saya daripada dulu sampai sekarang inilah saya. Saya tak mahu hidup saya dikongkong. Saya menjadi diri saya.
“Tahun depan usia saya dah 50, saya nak hidup dengan baik dan happy tanpa ikut cakap apa yang orang suruh saya buat. Not even my mother!
“Jika anda suka saya, ikut saya, jika anda tidak menyukai saya, just swipe!”, ujarnya.
Syafinaz berkata demikian ketika ditemui usai konsert minggu ke sembilan GV9 yang berlangsung dari Auditorium, MBSA pada Ahad.
Terdahulu, topik mengenai pakaian Syafinaz menjadi bualan pengguna di laman Twitter sehingga anda yang mendakwa ia kurang sesuai digayakan dalam program yang ditonton umum.
Pada malam tersebut, Syafinaz dilihat menggayakan busana yang menggunakan material kain net sehingga seolah-olah menampakkan kulitnya pada bahagian dada dan lengan.
Dalam pada itu, pelantun lagu Ingin Bersamamu turut menasihati netizen agar menjaga tingkah laku mereka sewaktu meninggalkan komen di laman sosial.
“Semua pilihan pada tangan sendiri, kalau suka boleh tengok, nak komen bila perlu, kalau tak nak komen jangan komen.
“Kenapa nak susahkan hati awak untuk komen pada semua perkara yang orang lain buat. Saya tak kacau anda, anda jangan kacau saya,” tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024