Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Habiskan RM2.9 Bilion, 20 Juta Bunga, 37,500 Menu, Majlis Anant Ambani & Radhika 15 Kali Ganda Mahal Dari Perkahwinan Diraja Harry, Meghan

Maliah Surip
16/07/2024 15:40 MYT
Perkahwinan serba mewah anak orang kesembilan terkaya dunia, Anant Ambani dengan Radhika Merchant masih menjadi buah mulut.

Selain kerana diraikan selama empat bulan menerusi pra perkahwinan sebelum rasmi menjadi suami isteri pada 12 Julai lalu dengan dihadiri tokoh-tokoh hebat dan selebriti dunia, majlis pasangan tersebut terus menjadi buruan media massa atas banyak faktor.

Antaranya mengenai butiran pada keseluruhan majlis keraian yang dipercayai menelan belanja sehingga RM2.9 bilion.

BERITA TRENDING: Lepas 4 Bulan Pra Perkahwinan, Kos RM700 Juta, Dari Kim K Sampai Mantan Presiden Hadir, Anant Ambani & Radhika Akhirnya Kahwin

Menerusi laporan The Sun, kos yang telah dibelanjakan Mukesh Ambani untuk majlis anak bongsunya itu bermula Mac sehingga pesta perkahwinan adalah 15 ganda lebih mahal daripada majlis perkahwinan Diraja, Putera Harry dan Meghan yang berlangsung pada tahun 2018.

Perkahwinan Putera Harry dan Meghan menelan belanja RM173 juta berbanding RM2.9 bilion yang telah dibelanjakan pemilik Reliance Industries itu.

Selain kos 15 kali ganda mahal daripada majlis Diraja, laporan sama mendedahkan tentang penglibatan tenaga kerja, penghibur kelas A seperti Rihanna sehingga Justin Bieber serta barangan dan menu yang dihidangkan kepada tetamu jemputan pada festival perkahwinan Jumaat lalu.

Pada festival perkahwinan yang diadakan di kediaman mewah 27 tingkat milik Ambani dan keraian di Jio World Convention Centre, keluarga itu didakwa telah menghiasi kawasan dengan 1,000 lampu candelier kristal.

Mereka juga menggunakan sehingga 20 juta bunga yang menerima sentuhan hiasan daripada 500 pakar bunga.

BERITA TRENDING: Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

BERITA TRENDING: Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

BERITA TRENDING: Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia

BERITA TRENDING: Rihanna Dibayar RM38 Juta Hiburkan Tetamu Pra Perkahwinan Individu Terkaya India

Tidak cukup itu, 5,000 tetamu yang diundang dihidangkan dengan 37,500 jenis menu yang disediakan oleh 500 chef terbaik.

Tetamu juga diberikan 18 pilihan pakaian yang perlu digayakan saat menghadiri majlis Anant, 29, dan isteri.

Sebagai balasan, para tetamu dihadiahi dengan pelbagai cenderamata mewah.

Pada Mac lalu, tetamu yang datang termasuk Bill Gates dan Mark Zuckerberg menerima rantai emas, beg jenama Loius Vuitton dan beberapa hadiah mewah lain.

Kemewahan melampau yang telah dilaburkan dalam siri perkahwinan ini menimbulkan rasa kurang senang kepada segelintir pihak.

Walaupun Mukesh dilaporkan memiliki aset berjumlah AS$115 bilion dan hanya membelanjakan 0.5 peratus daripada kekayaannya, ramai berpendapat konglomerat itu tidak sensitif dengan kemiskinan rakyat India.
#Kahwin #Viral #Putera Harry #Wedding #Bilionair #Kos #Anant Ambani #Radhika Merchant #Hartawan