Berita
“Hadiah Saya Dah Order Tau, Made In Heaven”- Tasha Manshahar Rai Hari Jadi Suami
Penyanyi Tasha Manshahar meraikan hari ulang tahun kelahiran suaminya, Raqib Majid yang ke-29 kelmarin.
Sambutan hari jadi itu diadakan secara ringkas dan mengejut tanpa pengetahuan Raqib.
Sempena hari istimewa buat suaminya itu, Tasha memberitahu dengan berseloroh dia sudah menempah hadiah tetapi ia mengambil masa kerana ia datang dari syurga.
“Happy Sweet 29th Birthday to my one and only @raqibmajid . Thank you @dtnnor@dsfazil untuk birthday celebration yang simple tapi sangat meaningful. Terima kasih banyak-banyak ds dan datin. Semoga Allah mudahkan urusan dan tambahkan rezeki ds datin sekeluarga
“Hadiah saya dah order tau. Special punya! Arriving in few days time inshaAllah..Ambil masa sikit, sebab made in Heaven ? Sempena hari istimewa ni, minta korg semua doakan yang baik-baik untuk Raqib please,” tulisnya.
Tasha yang kini sedang sarat hamil berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto dan video ketika sambutan tersebut.
Entri tersebut dihujani ucapan hari lahir buat Raqib dan rata-rata mendaoakn agar urusan bersalin Tasha dipermudahkan.
Tasha dan Raqib mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Must-Watch Video