Berita

Hael Husaini Cerita Pengalaman Suami Penuhi Hasrat Isteri Sakit Kanser

Asraf Aided
09/04/2019
10:08 MYT
Penyanyi popular, Hael Husaini kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Hari Ini.
Single ini merupakan hasil kerjasama antara Hael dan Ezra Kong dalam proses penghasilannya.
Single Hari Ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang mengharungi kehidupan rumah tangga dan pada masa yang sama, isterinya mengalami penyakit kanser.
Suaminya pula berusaha untuk merealisasikan setiap permintaan isteri yang sedang bertarung dengan penyakit kanser itu.
”Hael Husaini dan Ezra Kong sering tampil dengan idea baru, lagu-lagu yang mereka hasilkan bersama setakat hari ini belum pernah mengecewakan.
"Oleh itu saya sangat yakin dengan single terbaru Hael ini, ia pasti akan diterima ramai khususnya peminat fanatik beliau.
"Rangka promosi untuk lagu ini telah disusun dengan baik oleh pihak pengurusan dan diharapkan lagu ini dapat membawa Hael Husaini lebih jauh mungkin ke peringkat antarabangsa," ujar Feros selaku Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records.
Single ini boleh didengari di semua platform digital dan video liriknya pula sudah mula ditayangkan di YouTube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

gempak
18/07/2024
11:55 MYT
Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Cabaran Bermula, Ini Senarai Lagu Minggu Pertama Menanti 30 Peserta

gempak
16/07/2024
13:25 MYT
Membuka pentas minggu pertama dengan tema Tik & Tok, 30 peserta bakal berduet dalam menampilkan kehebatan masing-masing.
Hiburan

Hael Husaini, Putera Muhammad, Irfan Haris, Mawi Menanti Keberkatan Ramadan

gempak
05/03/2024
05:10 MYT
Apa kata artis sempena kedatangan Ramadan.
Hiburan

#GMWA23: Walkman, Avril Lavigne & Seluar Baggy Antara Kenangan Y2K Hael Husaini - “Rindunya Zaman Tu”

gempak
22/02/2024
09:55 MYT
Rindunya zaman dulu-dulu ek.