Hafiz Suip Enggan Jadi Hipokrit, Nafi Badan Kurus Sebab Ambil Barangan Terlarang - “Saya Akui, Sepanjang Jadi Artis Saya Banyak…”
Asyikin Mayudin
04/08/2024 01:55 MYT
04/08/2024 01:55 MYT
Dilihat semakin kurus, penyanyi Hafiz Suip memberitahu dia sememangnya kini sedang menjaga kesihatan disebabkan berdepan dengan masalah slip disc sejak 2016.
Tidak pernah mengambil barangan terlarang, Hafiz yang kini menetap di Kuching, Sarawak berkata dia juga ada memasuki kelas tinju sejak dua bulan lalu.
Tidak pernah mengambil barangan terlarang, Hafiz yang kini menetap di Kuching, Sarawak berkata dia juga ada memasuki kelas tinju sejak dua bulan lalu.
Badan kurus
“Korang nampak saya kurus bukan sebab saya hisap batu, bukan hisap dadah dan benda-benda yang korang tuduh itu.
“Saya menjaga kesihatan, saya pergi gim, saya masuk kelas boxing… dah dua bulan. Bukan sebab saya nak bergaduh, tapi sebab untuk fitness saya, kesihatan diri.
“Itulah sebab kenapa saya kurus… satu lagi sebab slip disc yang semua orang pun tahu… sejak 2016 saya hadapi masalah itu,” kata Hafiz kepada Gempak.
Penyanyi lagu Ku Akui itu ditemui selepas selesai membuat persembahan di konsert ByAjai & Mega Friend yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Minta Doakan Yang Terbaik Buat Hafiz Suip – “Saya Rasa Dia Takkan Hilang Dalam Industri, Rugi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip ‘Tayang Badan’, Beri Amaran Kepada Netizen Yang Tuduh Bukan-Bukan - “Izinkan Aku Sepak Muka Korang…”
ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”
ARTIKEL BERKAITAN: Pelbagai Spekulasi Timbul, Hafiz Suip Kongsi Foto Sahabat Sejati - “Diorang Tak Ada Assume Atau Tuduh Aku Bukan-Bukan Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Dirinya Dah Tak Releven, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Hafiz Suip Di TikTok
Tiada lagi Instagram dan kini beralih ke Tiktok, Hafiz mengakui banyak perbezaan komen netizen di setiap platform yang menyebabkan dia memilih untuk tidak lagi bersikap hipokrit.
“Bagi saya, amat ketara komen netizen di TikTok dan IG. Saya dah malas nak hipokrit depan orang… kalau netizen boleh macam itu, saya pun boleh macam itu juga.
“Tak adanya netizen saja boleh, kita tak boleh sebab kita artis. There’s no such things! Saya juga manusia… saya juga ada perasaan, saya ada juga geram nak menaip tu.
“Saya pun netizen juga. Kalau kata awak netizen, saya pun netizen juga. Saya hanya nak jadi diri sendiri, biarlah orang nak kata apa,” ujarnya.
Mengakui dirinya banyak berpura-pura sepanjang bergelar artis, Hafiz bagaimanapun berkata ada ya telefon bimbit yang membuatkan netizen kini lebih berani mengeluarkan kata-kata negatif fan kecaman.“Memang saya akui, sepanjang jadi artis… saya banyak hipokrit, saya banyak bermuka-muka depan orang, sebab fikir kita artis kan. Artis pun manusia juga. Dulu masa zaman tak ada kecaman, okay saja.
“Bagi saya, amat ketara komen netizen di TikTok dan IG. Saya dah malas nak hipokrit depan orang… kalau netizen boleh macam itu, saya pun boleh macam itu juga.
“Tak adanya netizen saja boleh, kita tak boleh sebab kita artis. There’s no such things! Saya juga manusia… saya juga ada perasaan, saya ada juga geram nak menaip tu.
“Saya pun netizen juga. Kalau kata awak netizen, saya pun netizen juga. Saya hanya nak jadi diri sendiri, biarlah orang nak kata apa,” ujarnya.
Mengakui dirinya banyak berpura-pura sepanjang bergelar artis, Hafiz bagaimanapun berkata ada ya telefon bimbit yang membuatkan netizen kini lebih berani mengeluarkan kata-kata negatif fan kecaman.
“Memang saya akui, sepanjang jadi artis… saya banyak hipokrit, saya banyak bermuka-muka depan orang, sebab fikir kita artis kan. Artis pun manusia juga. Dulu masa zaman tak ada kecaman, okay saja.
“Cuma nowdays saja bila ada telefon ini… itu yang menyebabkan diorang rasa kuat, padahal mereka juga makhluk macam kita. Saya rasa macam penat, sebab itu saya hanya tarik brek (berehat) sekejap,” ujarnya lagi.
Terdahulu, perkongsian Hafiz Suip di akaun TikTok miliknya memperlihatkan dia sedang melakukan senaman mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian itu juga, Hafiz memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menuduhnya mengambil barangan terlarang gara-gara dirinya kelihatan kurus.
Menerusi perkongsian itu juga, Hafiz memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menuduhnya mengambil barangan terlarang gara-gara dirinya kelihatan kurus.