Bekas bintang Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Haida Hafiz mengesahkan dirinya sedang hamil enam bulan.

Haida menerusi akaun Instagram memaklumkan perkara tersebut menerusi tanda pagar digunakan.

“Mampukah Mommy kurus kembali? #6monthspregnant” tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di laman Instagramnya sebelum ini, Haida turut menjawab pertanyaan daripada rakan-rakan dan pengikutnya yang menegur perubahan bentuk badannya.

“Lima bulan dah, kak,” jawab Haida ringkas pada ruangan komen.

Malah menerusi entri terbaharu dia juga turut berkongsi foto yang menunjukkan ‘baby bump’ dari sisi tepi.

Haida atau nama lengkapnya Noor Haida Mohd Idris, 38, berkahwin dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr. R sebelum menyertai program Gegar Vaganza musim keempat lagi.

Bagaimanpun, penyanyi Zapin Usik Mengusik ini tidak pernah berkongsi tentang butiran perkahwinan keduanya ini.

Terdahulu, Haida pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas penerbit program TV, Aminuddin Yahya pada 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Al Hafiz Aminuddin, 14.

. Mampu kah mummy kurusss kembali??! ?? #6monthspregnant ❤️

A post shared by ?haidahafiz? (@haidahafiz) on