Laman Utama

“Halangan Yang Paling Sukar Adalah..” - Bangkit! Ratu Gimnas Farah Ann Kongsi Pengalaman Terus Mara

gempak
Azwa Rahman
22/09/2022
06:23 MYT
Sponsor Banner
“Halangan Yang Paling Sukar Adalah..” -  Bangkit! Ratu Gimnas Farah Ann Kongsi Pengalaman Terus Mara
Nama ratu gimnas negara Farah Ann tidak perlu diperkenalkan lagi memandang wanita berusia 28 tahun ini acap kali memenuhi dada akhbar dengan kisah kejayaannya.
Apabila bercerita mengenai perihal tidak kenal erti kalah dan putus asa, Farah Ann merupakan individu yang selayaknya diangkat sebagai inspirasi untuk semua wanita di luar sana.
Berkongsi sedikit mengenai penglibatan awal dirinya dalam kancah sukan, pemilik nama sebenar Farah Ann Abdul Hadi ini bermula seawal usia 3 tahun. Menginjak ke usia 11 tahun, beliau menyertai kejohanan pertamanya di dalam negara.
Menurut Farah, dia juga pernah berdepan dengan pelbagai halangan sukar sebelum berada di kedudukannya kini.
Malah pada usia yang muda, beliau pernah berdepan mengalami kecederaan lutut dan koyak di bahagian otot betis berikutan salah percaturan ketika melakukan pendaratan.
Pada waktu itu, Farah perlu bergantung pada tongkat selama sebulan dan perlu menjalani beberapa sesi fisioterapi yang memakan masa. Mengambil masa hampir tiga bulan untuk pulih sepenuhnya, dia mula ragu-ragu kemampuan diri dan tertanya adakah dia mampu untuk meneruskan impiannya untuk bergelar jaguh gimnastik.
Bukan itu sahaja, sepanjang bergelar ratu gimnas, timbul beberapa ketika dia mula membandingkan dirinya dengan atlet lain.
“Saya sering meragui bakat dan kemampuan saya untuk memenangi pingat. Tetapi semuanya ada hikmah. Dengan adanya keraguan diri ini, ia sebenarnya mendorong saya untuk bekerja keras dan melakukan yang terbaik.
“Kalau nak berjaya, kita kena berguru dengan kegagalan. Kerana setiap kali kita jatuh, memang mudah untuk putus asa. Cekalkan hati dan kuatkan semangat perjuangan.
“Hakikatnya, halangan yang paling sukar adalah diri kita sendiri. Saya tak mengalah pada perasaan takut dan itu, adalah kemenangan,” pesan Farah kepada semua.
Sehingga kini, bukan sahaja kelincahan Farah menjadi ingatan semua, malah senyuman manis dan keyakinan dirinya setiap kali bergimnastik mencuri tumpuan ramai.
Bermula dengan perasaan takut-takut untuk kembali aktif dalam bidang sukan, Farah Ann mengumpul keyakinan diri dan kekuatan untuk beraksi demi lencana negara.
Langkah yang penuh berkeyakinan, haruslah tanpa sebarang keraguan pada diri sendiri. Seorang individu ini telah membuktikan dengan adanya kepercayaan diri, ia berjaya membawa beliau mengharumkan nama negara.
Selari dengan keperibadian hebat dan pencapaian anak kelahiran Selangor ini, Rexona melantik Farah Ann sebagai duta baharu menerusi kempen #RexonaMoveBrightNow
Tahukah anda 88% daripada kita mengalami masalah keyakinan diri? Kurang keyakinan diri sebenarnya membuatkan diri kita membataskan impian dan cita-cita seseorang.
Oleh sebab itu, jenama deodorant nombor satu dunia Rexona tampil dengan kempen #RexonaMoveBrightNow sebagai langkah kesedaran untuk seseorang individu itu bergerak pantas menggapai untuk apa sahaja yang diimpikan.
Dalam pada itu, selain daripada meraikan kempen #RexonaMoveBrightNow, Rexona tampil dengan produk terbaharu, Rexona Advanced Brightening Japanese Sakura & French Rose.
Dilengkapi dengan Vitamin E-Revive Booster daripada minyak biji bunga matahari, ia mencerahkan bawah lengan sebanyak tiga kali! Lebih segar, wangi, bawah lengan anda akan semakin cerah dalam masa lima hari sahaja.
Dengan bawah lengan yang semakin cerah, apa lagi yang menghalang anda untuk menggapai impian? Ditambah pula dengan ciri pelindungan peluh dan bau badan selama 48 jam, semua orang pun mampu bergerak selincah Farah Ann!
Nak tambah keyakinan diri, jom sertai peraduan #RexonaMoveBrightNow untuk menang wang ringgit bernilai hampir RM10,000!
Macam mana nak sertai peraduan ini, ikuti cara-cara ini. Mudah sahaja!
Hantar foto atau video anda mencuba sesuatu aktiviti atau perkara yang baru, yang mencabar limitasi anda. Tidak kisah aktiviti mencabar atau santai, anda harus keluar daripada zon selesa dan mencabar diri sendiri.
Untuk info lanjut, layari syarat-syarat penyertaan di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live