,
Hiburan

“Halau Kakak Saya Yang OKU Hanya Kerana Tempat Parkir Nampak Semak?” – Azharina Luah Rasa Kesal

Fiza Kamarudin
28/01/2020
14:20 MYT
Penyanyi Azharina memohon Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mengambil tindakan ke atas sebuah premis di Puchong kerana berasakan kakaknya yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) didiskriminasi.
Azharina menerusi sebuah video yang dikongsi di laman sosial Facebook (FB)nya semalam, meluahkan rasa kesal dan sedih kerana kakaknya dihalau dari tempat letak kereta OKU.
Menurutnya, sebaik sahaja dia meletakkan kereta di petak tersebut dua orang pengawal keselamtan menghampiri mereka dan memberitahu pengurus tidak suka ada kenderaan diletakkan di situ.
“Tak sampai dua minit dua parkir, dua orang pengawal keselamatan datang halau kami dari petak parkir tersebut. Alasan mereka ialah, bos tak suka orang parkir di petak OKU.
“Hanya kerana kereta yang perkir di situ dikatakan menyemak! Boleh tak bagi saya alasan yang relevan dan lebih berperi kemanusiaan, mengapa wanita yang tidak boleh berjalan, yang terpaksa menggunakan kerusi roda dihalang meletakkan kereta di tempat yang sudah dikhaskan untuk mereka?
“Sedangkan kakak saya ada kad OKU, ada pelekat parkir OKU…Wajarkah perkara seperti ini, penindasan ini berlaku kepada orang-orang kurang upaya?,” luahnya kecewa.
Menerusi posting tersebut juga, Azharina turut menjelaskan tujuan dia memuat naik foto dan video pada hari insiden tersebut berlaku.
“Saya harap ramai boleh share video ini untuk kesedaran. Pihak berkenaan harus mengambil tindakan berhubung kejadian ini, sekiranya benar seperti yang didakwa dua pengawal keselamatan mengenai pengurusan mereka yang tidak membenarkan sesiapa pun meletakkan kenderaan di petak OKU walaupun memiliki pelekat kereta dan kad OKU yang sah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Azharina turut berharap agar pada tahun 2020 ini tidak ada lagi sikap diskriminasi terhadap golongan kurang upaya.
Dalam kejadian pada Isnin (semalam) itu, kakak Azharina dikenali sebagai Aishah memandu kereta tersebut yang turut dinaiki penyanyi Elergi Sepi itu bersama anaknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Disangka OKU, Lelaki Sanggup Berlakon Kurang Upaya Untuk Raih Simpati Bila Berniaga

gempak
01/10/2024
15:25 MYT
Isu penipuan dalam kalangan peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia.
Terkini

Bapa OKU Kudung Tangan dan Kaki Kendong Anak Naik Kerusi Roda Buat Netizen Luluh hati

gempak
13/09/2024
12:55 MYT
Kisah bapa yang kudung kedua-dua belah tangan dan kaki menggendong anak perempuannya sambil menaiki kerusi roda mengundang sebak netizen.
Viral

Momen Sayu Ayah OKU Beri Duit Belanja RM50 Buat Anak Bongsu Jentik Hati Ramai, Kakak Kongsi Kisah Sebenar - "Memang Rutin Abah Setiap Kali ..."

gempak
07/08/2024
15:55 MYT
Kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah kekal selamanya.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Wanita OKU Eerah Burger Sanggup Datang Airport Sambut Kepulangan Lee Zii Jia, Luah Hasrat Jemput Ke Kedai Burger

gempak
07/08/2024
04:31 MYT
Pempengaruh dan juga wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Eerah Burger tidak melepaskan peluang menyambut kepulangan wira Olimpik Malaysia iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Sih Wooi Yik hari ini.
Hiburan

Berbual Dengan OKU, Ramai Tak Sangka Datuk Fazley Rupanya Tahu Guna Bahasa Isyarat - “Boleh Lah Sikit Sebab Aunty Saya Juga Sama”

gempak
02/08/2024
17:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjadi perhatian netizen apabila berkebolehan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
BorakSeeni